>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Monday, September 1, 2008

MEDEKAKAH AKU?

“Pak Teh, nak jalan-jalan”, anak-anak saudara ana memujuk. Seperti biasa, kampung di Tg Karang akan meriah pada waktu-waktu cuti am atau hujung minggu. Tidak terkecuali Cuti Hari Kebangsaan bagi tahun ini. Petang 31 Ogos 2008, ana menunggang motor dibonceng Wawa dan Durrah. Fikiran ini menerawang sambil panca indera menikmati indahnya panorama alam dan sayupnya angin petang.

“Merdeka!, Merdeka!”, sekumpulan kanak-kanak separuh menjerit. Bebekalkan beberapa jalur gemilang dan basikal, sekumpulan kanak-kanak berhampiran rumah ana berlegar-legar ‘tunjuk perasaan’ mereka. Ana memberhentikan motosikal. “Dik, abang nak tangkap gambar boleh?”, ana menawarkan perkhidmatan. “Eh, boleh bang, Wei, abang tu nak tangkap gambar, mai sini, kita posing, pegang bendera sekali ni”, seorang anak yang paling besar memberitahu kawan-kawannya. Mungkin dialah yang mengetuai ‘tunjuk perasaan’ itu.

Ana mengabadikan saat-saat itu di dalam kamera telefon Sony Ericsson. “Semangat betul budak-budak ni”, hati ana mencatur. Tetapi ada dua kemungkinan semangat. Pertama, semangat asli kemerdekaan. Kedua, semangat meraikan kemerdekaan. Dua perkara yang mungkin kelihataannya sama, namun terdapat garis pemisahnya. Kalau setakat hendak meraikan kemerdekaan, tetapi sampah pun tidak tahu nak buang ke mana, apa ertinya merdeka? (petikan kata-kata dari temuramah laporan berita RTM 1 pada 31 Ogos 2008).

Persoalannya, tahukah anak-anak ini tentang kemerdekaan? Sejarahnya. Siapakah pejuangnya. Dan yang paling penting bagaimanakah kemerdekaan ini dapat dikekalkan dan diisi dengan makna kemerdekaan yang hakiki? Soalan-soalan ini penting untuk menilai sejauh mana anak-anak ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah hadam tentang makna kemerdekaan itu sendiri.

Anak-anak ini mungkin bangga mengibarkan jalur gemilang mereka. Namun, sedarkah mereka tentang jalur-jalur maksiat, hedonisme dan sekularisme yang semakin mendarah daging dalam bangsa mereka? Anak-anak ini mungkin boleh berbangga melaungkan MERDEKA bersama kawan-kawan mereka. Namun, sedarkah mereka bahawa anak-anak muda remaja yang mungkin abang-abang dan kakak-kakak mereka sendiri semakin terjajah dengan budaya-budaya negatif seperti pergaulan bebas dan ketagihan dadah.

Inikah yang kita maksudkan dengan MERDEKA?

Di sebalik kemelut masalah yang sedang melanda kini, umat Islam khusunya telah mengalami krisis keyakinan terhadap Deen (agama) yang mereka anuti sendiri. Mereka masih ragu-ragu bahawa satu-satunya penyelesaian terhadap masalah-masalah ini ialah ISLAM. Jika Al-Quran dan Sunnah dikesampingkan, maka tunggulah saat-saat kehancuran dan kebinasaan..

Sebarang komen, teguran dan pembaikan artikel-artikel blog ini amatlah dialu-alukan.
Nazrey Al-Faruq, September 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com

2 comments:

Muslimin Agung said...

SaLAm wasilaH UKHUWAh fillaH

Merdeka PAda ERTIKAta YAng sebenaR KITA beba DAripaDA penjaJAhaN MINDA daN FZIKAl. boleh laWAti aNA daLAm blog musliminmukhlisin.blogspot.com

Anonymous said...

merdeka!merdeka!merdeka!
selalu sgt dengar laungan tu..
mase sekolah dulu stp kali 31 ogos pasti ade sambutan kemerdekaan..
kibar bendera, nyanyi lagu patriotik, pakai baju ala2 zaman dulu..mcm2 lagi la..
tu yang sekolah ajar mcm mn nak sambut merdeka..huhu
tp bile dah besar ni..xde dah buat mcm tu...knp???malu kah?atau dah sedar erti merdeka yg sebenar..
konsep menghayati kemerdekaan berbeza bg setiap peringkat umur..sejajar dengan pemahaman kita tentang erti merdeka..
merdeka kah jika hanya berkonvoi naik motor bwk bendera di tengah2 mlm merdeka??
saya lebih prefer dgn cara mak saya sambut merdeka, baca yasin pd mlm merdeka..tanda syukur..kpd Allah
semoga merdeka ini kekal, kita tidak dijajah lagi..bkn shj negara, tp jiwa & hati..semoga tidak lagi dijajah dengan sifat2 mazmumah..