>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Sunday, August 31, 2008

HARAPAN RAMADHAN 1429H



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula



Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



2 comments:

Anonymous said...

salam..sempena bulan Ramadhan ini, ada sedikit cerita tentang pintu Ar-Rayyan..sye x pernah pun dengar b4 ni..ms jalan2 di Alamanda, terdetik hati ingin membeli sebuah buku, sbb dah lame x bli buku cerita (last skali bli bulan Julai 1 bulan lepas)..nampak MPH terus je serbu msk..tgk2 byk pulak buku yg berkenan di hati..Nak bli buku tulisan Habiburrahman kah? atau pilih buku cintan cintun ya?
Last2 terpegang satu buku berjudul "Ku Seru Namamu Kekasih"
wah cam best je tajuk nye..bc sinopsis pulak..ok la jugak..then pg kaunter dan byr..bc buku ni plg lame..amek ms dekat seminggu..tp sgt memberi impak kpd saya..watak utama cite ni Rayyan..di sebalik nama tu ade kisahnya iaitu kisah pintu Ar-rayyan ni..
Pintu Ar Rayyan
Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja..

buku cite ni btul2 memberi inspirasi kpd sy dari segi keimanan kita sebagai seorang Islam dan jugak adela sikit tentang kisah cinta/jodoh..

semoga kita semua dpt msuk syurga ikut pintu Ar-Rayyan ini..
semoga ibadah puasa kali ini diberkati Nya..Amin

ZHAFRAN said...

Terima kasih aisya humaira atas komen yang cukup bermanfaat. semoga dapat terus menyumbang idea-idea bernas kepada blog ini, Insya Allah.