>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Wednesday, May 13, 2009

AGM Pemuda PAS Selangor



Tanggal 10 Mei yang lalu, ana diamanahkan untuk menjadi salah seorang perwakilan Pemuda Kawasan Selayang. Muktamar dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Mahfuz Omar. Terasa berat amanah yang ditaklifkan, namun ana teringat akan janji Allah di dalam kitab-Nya, "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya".

Jawatan merupakan amanah yang akan ditanya di akhirat kelak. Justeru sebagai seorang muslim yang mukmin dan muttaqin, seharusnya amanah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar diberi kekuatan untuk memikul amanah ini,
Ameen Ya Rabbal 'Aalameen.


KLIBF 2009


Pesta buku kali ini sangat mengujakan. Budget yang diperuntukkan untuk membeli buku semakin bertambah. bermula tanggal 17 April - 26 April 2009, ana telah pun mengunjungi PWTC sejak hari pertama lagi. Apa yang ana tak dapat lupakan ialah, ana berpeluang berjumpa secara langsung dengan Ustaz Hasrizal, salah seorang qudwah ana dalam isu penulisan terutamanya penulisan blog. Beliau melancarkan dua buah buku kali ini iaitu Bercinta Sampai ke Syurga (ATN 2) dan Rindu Bau Pohon Tin (Siri Kembara dataran Syam).





Ana juga berpeluang bertemu penulis yang tersohor iaitu saudara Faisal Tehrani yang baru melancarkan buku barunya iaitu Ketupat Cinta. Semoga buku-buku yang dibeli dapat dihabiskan pembacaannya dalam kadar yang memuaskan, dan semoga buku-buku tersebut dapat dimanfaatkan dalam setiap sudut, Insya Allah.


TRAINER IT



Suatu lagi fasa pengalaman ditempuh, di mana ana diamanahkan untuk mengendalikan sebuah kursus "Introduction to Computer". I've got to say that this is very3x interesting experience. Maklumlah, ana ni memang hantu bab2 komputer ni. Apa-apa pun ana berharap agar pelajar-pelajar teknik KL dapat manfaat dari kursus yang dikendalikan oleh ana.



"Sebarkanlah walaupun satu ayat".


BERSARA DARI MASTERSKILL?



ha3x, cam tua je bunyinya tajuk posting ni. 3 April 2009 merupakan tarikh akhir ana berkhidmat sebagai pensyarah diploma in healthcare di kolej universiti sains kesihatan masterskill. sebelum tu, member2 ana kat sana ada gak la buat farewell kat satay kajang. best gak. pape pun, ana berharap agar penghijrahan pekerjaan ini membawa ana kepada suatu fasa yang lebih baik dalam rangka pengabdian diri kepada Nya, Insya Allah.



BOON WEDDING



Balik je dari family day, ana gi wedding boon dan awin. 22 Mac 2009. Boon classmate time kat kusess. awin classmate since primary school lagi. Kira diorang ni bercinta kat sekolah la. Majlis ni buat kat UM tu. kire cam reunion yang grand gak la bagi batch 9802 KUSESS. apa2 pun semoga bahagia hingga selama-lamanya, Insya Allah. Bila la ana nak kahwin ni...



FAMILY DAY 2009


Tanggal 19 Mac 2009, ana bersama keluarga kembangan bercuti di Cherating, Pahang. Memang menyeronokkan. Ini adalah kali pertama keluarga ana mengadakan hari keluarga. Semoga ada manfaat dan kebaikan untuk semua. Tahun depan nak gi mane plak mak? :-)



NORSHAIDA WEDDING



Tanggal 14 Mac 2009. Ana menghadiri perkahwinan sahabat lama di UMS. Memang meriah gila, ala-ala reunion gitu. Tahniah buat shai dan suami, risman. Semoga berbahagi hingga ke akhir hayat, Insya Allah.





BLOG YANG BERSAWANG

Hampir tiga bulan ana tidak mengemaskini blog. Tempoh ini bukanlah suatu tempoh yang singkat. Hasrat untuk mengemaskini sentiasa bermain-main di benak ini. Namun, atas kesulitan yang dialami dan kelemahan diri, maka hasrat tersebut berkubur begitu sahaja. Maaf buat sahabat-sahabat yang menantikan posting baru dari ana. Posting selepas ini akan menerangkan secara ringkas aktiviti yang berlaku sepanjang blog ini dibiarkan bersawang.