>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Friday, November 13, 2009

SECANGKIR KATA SEUNTAI RASA 2


SECANGKIR KATA SEUNTAI RASA 1


PELANCARAN SEGMEN SECANGKIR KATA SEUNTAI RASA

Salam Ukhuwwah Fillah buat semua pembaca blog zhafran-alfaruq.blogspot.com. Pertama sekali, ana selaku penulis dan pemilik blog ini memohon maaf kepada semua pengikut blog ini kerana telah sekian lama tidak mengemaskini isi kandungan blog ini. Tidak ada alasan yang ingin diberikan melainkan ianya berlaku atas kelemahan diri yang dhaif lagi hina ini.



Setelah berfikir panjang, ana mengambil keputusan untuk beralih angin kepada bidang blog foto atau "photo blogging". Segmen ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh ZHAFRAN STUDIO. Untuk melihat hasil kerja ana, boleh ke laman Flickr ZHAFRAN STUDIO dan meninggalkan komen. Blog ini juga akan dikemaskini dan diselenggara oleh ZHAFRAN STUDIO selepas ini.

Untuk pelancaran "photo blogging" ini, satu segmen telah diwujudkan. Mengambil keberkatan hari Jumaat ini, ana dengan lafaz Basmalah melancarkan segmen "SECANGKIR KATA SEUNTAI RASA" oleh ZHAFRAN STUDIO.

Semoga sedikit sumbangan hasil karya ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mengikutinya. Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan daripada semua sahabat-sahabat. Sekian, Wassalam.

Wednesday, August 12, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA 2009



Sebuah konsert yang sangat menghiburkan, informatif dan tidak stereotype. Malah, ana merasakan elemen-elemen nostalgia yang disuntik dalam pengisian konsert menjadikan pengisian yang secukup rasa.


Dirasmikan oleh Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ternyata pengisian konsert ini sendiri mendapat restu dari Tuan Guru. Tuan Guru sendiri dalam ucapan perasmiannya menyampaikan beberapa pantun berbentuk sinikal dan sarat dengan mesej. Berikut merupakan pautan teks ucapan tok guru pada konsert tersebut.




Ana sendiri merupakan hardcore nasyid. Konsert yang menggabungkan 4 gergasi nasyid iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Shoutul Harokah pastinya menjanjikan sesuatu yang mantop! Jadi, secara keseluruhannya ana boleh memberi 4 setengah bintang pada konsert ini. tahniah ana ucapkan buat GAMIS dan Rabbani Production yang bertungkus lumus menjayakan konsert antara dunia ini. Semoga Islam terus dijadikan cara hidup sekalipun dalam hiburan. Ameen.





SEKITAR DEMONSTRASI MANSUHKAN ISA


Sekitar Demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 yang lalu.


Ini merupakan kelongsong gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU. Ternyata jarak tembakan boleh mencecah 450 kaki.





Allah itu adil. Semoga puak yang berlaku zalim akan mendapat balasan dari Allah S.W.T.
Wallahualam.

LIQA' MINI PJ7 II + PJ JUNIOR?



Alhamdulillah, sebuah lagi pertemuan dengan sahabat seperjuangan di UMS dahulu berlangsung dengan jayanya tanggal 26.7.09. Hmm..ini bukan kali pertama LIQA' MINI PJ7 berlaku. Kali ini, ada dikhabarkan sahabat ana, nun jauh dari Tawau, Sabah ingin bertandang di Kuala Lumpur. Siapa lagi kalau bukan insan kontroversi saudara seislamku Burhanuddin bin Sirajuddin.



Burhan atau panggilan manjanya Bubu datang sebagai Guru pengiring pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Maluri, Kuala Lumpur. Pegh..kira sekolahnya jadi wakil Sabah la. Kelas gitu. He2. Beliau bukan berseorangan. malahan ditemani jurulatih nasyid berbakat saudara Sabahrullah, my junior in UMS and Bubu punya anak didik bah. Memang mantap dua-dua orang ni bila bercakap. he2. Jangan mara.



Kami berjumpa di Old Town White Coffee berhampiran penginapan mereka iaitu Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Hmm..banyak juga perkara dibincangkan. Sekitar perkembangan hidup masing-masing setelah bekerja dan perkembangan adik-adik di kampus. Dapat disimpulkan bahawa kampus sekarang ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan dari segenap segi. Agak menyedihkan. Walau pahit untuk ditelan, tapi telanlah kerana ubat itu pahit.



Setelah menghirup kopi putih barang segelas disulami dengan makanan ringan, ana mengundur diri meminta pulang. Esok nak kerja. Nanti lambat sangat pula sampai di rumah. Jangan diucap selamat tinggal. Ucaplah Semoga berjumpa lagi, jika tidak di dunia, di alam Baqa', Insya Allah.

AHMAD MUIZZUDDIN



Sempena forum Israk Mikraj di Masjid Bukit Indah, Ampang 24 Julai 2009 yang lalu, ana berpeluang menziarahi Ustaz Hasrizal yang baru sahaja menerima kelahiran baru dalam keluarganya iaitu Ahmad Muizzuddin.




Ana juga berpeluang untuk bermesra dengan anak-anak beliau iaitu Saifulislam, Naurah dan Imad. Jika selama ini ana hanya mampu membaca cerita-cerita mereka di blog, pada hari itu, ana berdepan secara langsung dengan insan-insan yang memberi inspirasi kepada Ustaz Hasrizal sama ada dalam hidupnya mahupun penulisannya.

Ana sempat juga berlagak seperti ayah, cuba mendukung Ahmad Muizzuddin. Ketara kekok nya tangan ini menimang anugerah Allah ini. Al-maklumlah, bujang lagi...ops. Insya Allah tak lama lagi. Doakan la ye. hehehe



Melihat suasana kekeluargaan yang begitu mencabar sesekala mengusik hati ini. Adakah mampu aku memikul tanggungjawab seorang anak kepada kedua orang tuaku kelak? Adakah mampu aku memikul tanggungjawab seorang suami? Adakah mampu aku memikul tanggungjawab seorang ayah? Adakah mampu aku memikul tanggungjawab seorang menantu? Adakah mampu aku memikul tanggungjawab seorang abang? dan banyak lagi...

Berbalik kepada firman Allah dalam Surah Al-Mulk; ayat 2 yang bermaksud; Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Dunia ini medan ujian dari Allah S.W.T.

Allah sememangnya akan menguji hamba-hambanya untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya. Justeru, mahu atau tidak mahu, kita sebagai manusia ciptaannya hendaklah menghadapi mehnah dan tribulasi yang ada di dunia ini. Kembalilah kepada tujuan hidup yang sebenar iaitu Mardhatillah. Wallahualam.

Tuesday, August 11, 2009

LIQA' DPPNS


Pulang dari Tanjong Malim, ana bersedia untuk agenda seterusnya. Liqa' bersama barisan pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Liqa' diadakan dalam bentuk yang santai tanpa aturcara yang terlalu formal. Selari dengan objektif yang ingin dicapai, mengukuhkah ikatan silaturahim di antara pemuda negeri dan kawasan dan dalam masa yang sama mewujudkan wihadtul fikrah dan kemuncaknya wihdatul amal.



Liqa' diadakan di MTD Rawang. Jamuan yang menarik untuk Liqa' yang simple. Satay. Pegh...sedap tu. Alhamdulillah.


Harapannya, pimpinan sesi ini mampu merealisasikan objektif jamaah islam PAS supaya ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. Takbir!

UPDATE YANG TAK UPDATE



Setelah sekian lama menyepi, jari-jemari ini kembali menari alunan suara hati yang telah lama terpendam dek kesempitan masa dan kesibukan kerja yang mendesak. Pegh...ayat tak ingat dunia, ingat akhirat je.

Ziarah adalah satu elemen yang sering dilupakan atau dipandang enteng oleh kebanyakan ahli masyarakat. Ziarah bukan lagi menjadi satu budaya dalam usaha merapatkan hubungan, mencitrakan ukhuwwah dan mewarnakan persahabatan.



18 Julai 2009 yang lalu, ana melawat kakak ana di Proton City, Tanjong Malim. Seperti biasa, kuda hijau sedia membawa ana ke destinasi. Hmm...kalau lihat kat meter, jarak perjalanan dari rawang ke tanjong malim dalam 60km je. Tak bleh lah nak jamak. he2. Bukan ape, bile bermusafir ni, terngiang-ngiang akan rukhsoh solat kurniaan Allah yang mengandungi seribu satu hikmah di dalamnya.



Tiba sahaja di rumah kak zura, waktu telah menghampiri asar. Kak zura demam. begitu juga Damia. Patutlah senyap je. Kebiasaannya, anak buah ana yang sorang inilah yang bising. Tapi, dek demam nya yang masih belum kebah, muka yang sarat dengan mesej kesedihan terpancar jelas di wajahnya.




Seusai solat asar di masjid, Abang Naz menjemput ana menghadiri kenduri cukur jambul jirannya. Wah, baru sahaja perut ini dijamu dengan nasi, sudah dipanggil kenduri lagi. Hmm..takpe la. Makan sikit-sikit cukupla, hati ini mengomel senidirian. Kali ini, faten, anak buah ana yang bongsu dibawa bersama. Berbanding Damia, Faten lebih senyap dan pemalu. Namun, AWAS, jika dia dah rapat dengan seseorang, mungkin tak nak berenggang terus.he2.



Sesudah waktu maghrib dan isyak, kami semua berehat di hadapan tv. Tempat yang biasa dijadikan tempat berkumpul dan berehat dalam sesebuah keluarga. Betul ke? :)

Sesi bertukar khabar dan pendapat pun bermula lah (thats the formal way to put it lah). Actually kami pun sembang-sembang jela tentang perkembangan diri masing-masing. Well, itulah jugak tujuan kita menziarahi saudara atau sahabat kite kan?



Malam itu ditutup dengan melihat dua orang anak buah ana tertidur melelapkan mata. Comel sangat. Tidurlah wahai anak-anak buahku. Moga kau bisa mewarisi perjuangan agama ini dewasa kelak.