>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Wednesday, August 27, 2008

BAYU MEMORI BERTIUP KEMBALI



Masa sangat mencemburui ana. Sedar tak sedar telah hampir sebulan platform maya ini tidak dikemaskini. Tanggal 20 Ogos 2008, diri ini kembali ke tanah tempat menimba ilmu pengajian tinggi. Sabah, “state below the wind’. Tepat jam 3.30 petang, ‘belon’ selamat mendarat di KKIA, Terminal 2. “Hmm..mana si hasnur ni, janji nak jemput” hati ini mengomel sendirian. Terbayang sahabat seperjuangan ana yang dikenali sejak di matrikulasi lagi. Masih setia dengan persahabatannya.

“Assalamualaikum, di mana sudah?”, ana menelefon hasnur. “Waalaikumussalam, kejap lagi, baru nak gerak”, hasnur menjawab dengan tempo nya yang pantas. Sahabat ana ini memang terkenal dengan tempo percakapannya yang agak laju. Entah apa yang nak dikejar pun tak tahu. Hehe. Suasana Terminal 2 tidak banyak berubah. Sentiasa sibuk dipenuhi dengan musafir-musafir yang pelbagai tujuannya. Ada yang melancong, ada yang belajar, ada yang bekerja dan ada yang tidak diketahui tujuannya. Fikiran ini melayang seketika. Memikirkan seribu satu persoalan yang bersarang di hati.

“Tit tit”, telefon tanganku berbunyi. Pesanan ringkas dari hasnur. “Ana dah sampai depan terminal”. Ana bergegas menolak troli. Mata ini melilau-lilau mencari arah tuju. Kelihatan motosikal Suzuki berwarna hijau sedia menanti di tepian. “Assalamualaikum, apa khabar sahabat?”, ana menyapa hasnur. Hasnur dengan gaya yang cukup spontan menggeleng-gelengkan kepala. “Banyak jugak barang?”, dia membalas. Ana seperti biasa hanya tersenyum sinis menuju ke motosikal. Setelah beg diletakkan di kedudukan yang paling strategik, Suzuki hijau menjalankan tugasnya membawa musafir ini ke destinasi seterusnya…

Bayu bertiup. Nafas ini dihela sepuas-puasnya. Campuran gas-gas disedut ke jantung, melalui peparu, bertukar di alveolus dan dipam ke seluruh badan termasuk otak. Bersama-sama bayu bertiup yang disedut seolah-olah tersimpan memori 4 tahun yang lepas. Di bumi inilah ana memperoleh ilmu. Di bumi inilah ana menimba seribu satu pengalaman hidup. Di bumi inilah ana bertemu sahabat-sahabat sefikrah. Di bumi inilah segala pahit manis ditempuh demi meneruskan tugas dan tangungjawab sebagai seorang khalifah. Dimanifestasikan sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang da’ie dan sebagainya. Di Sabah, negeri di bawah bayu.

Bumi yang subur. Tempat latihan seorang pendakwah. Bumi yang masih lagi dahagakan tenaga-tenaga da’ie yang kreatif dan cekal dalam menjalankan misinya. Moga bekalan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu dalam meneruskan misi hidup. Sudah sunnatullah, berteori lebih mudah dari praktikal. Moga diri ini diberi kekuatan untuk mengaplikasikan segala teori yang telah dirungkai sebelum ini.

Sebarang komen, teguran dan pembaikan artikel-artikel blog ini amatlah dialu-alukan.
Nazrey Al-Faruq, Ogos 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

salam...wah, bagus ya dpt belajar di borneo..mcm sy ni x pernah lg naik belon..ntah bile berkesempatan nak naik pon tak tau..semoga impian jadi kenyataan..amin

menuntut ilmu ni luas mknanya..bkn sj ilmu dunia tp jugak akhirat..ilmu tu ada di mn2 cuma kita je yg perlu pergi cari..
mungkin sesuatu tpt tu kita sangkakan byk kekurangan nya..tp setelah kita keluar dr tpt tu, br kita sedar betapa byk nya ilmu yg telah kita dpt di sana..br kita rs rindu nak balik ke tpt kita belajar dulu..rindu pd lecturer2 kita, rindu suasana hostel dgn kwn2 dll..bak kata pepatah, "tpt jatuh lg dikenang, apa lagi tpt bermain"..=) (tp xla bermakna sy blaja dulu main2..hehe)

**semoga ada ruang utk sentiasa perbaiki diri** ;-)