>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Wednesday, August 27, 2008

KONVOKESYEN; SATU MATLAMAT @ ALAT?



Alhamdulillah, tanggal 24 Ogos 2008, akhirnya ana berjaya bergelar graduan secara rasminya. Dalam majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah yang ke-10. Dalam sidang yang ketiga, ahad pagi, satu lagi sejarah tercatat bahawa seorang lagi graduan bioteknologi dihasilkan oleh UMS. Majlis yang hanya sekitar empat jam itu telah menukar status kami. Seorang graduan IPTA.

“Kau sudah kerja?”, antara soalan paling popular yang terpacul dari mulut pelajar-pelajar junior dan rakan-rakan seperjuangan. Secara rawak, majoriti graduan masih belum bekerja. Namun, golongan minoriti yang telah bekerja sudah pasti mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan. Hal seumpama ini bukanlah fenomena yang pelik, namun seharusnya isu ini tidak dikesampingkan.

Peratus pengangguran di kalangan graduan 6 tahun kebelakangan ini semakin meningkat. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini adalah seperti mewujudkan skim siswazah menganggur dan menyediakan kursus-kursus latihan industri. Kewujudan agen mencari pekerjaan yang semakin bercambah juga merupakan antara bukti memperoleh pekerjaan bukanlah semudah dahulu. Persaingan graduan semakin sengit dalam memperoleh pekerjaan yang diingini.

Ana mengakui bahawa perkara ini sememangnya dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor internal yang berpunca dari diri graduan sendiri dan faktor eksternal yang datang dari luar seperti polisi kerajaan, pertumbuhan ekonomi dan parameter geografi. Persoalannya, bagaimanakah segulung ijazah yang diperoleh semasa konvokesyen itu mampu membantu dalam menembusi pasaran pekerjaan kini?

Seorang yang mampu menjejakkan kaki ke menara gading seharusnya dapat berfikir dan merumus tentang persoalan yang ana bincangkan ini. Apa yang penting dalam usaha menembusi pasaran pekerjaan adalah kemampuan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sewaktu belajar dahulu. Softskill dan hardskill yang berjaya dikuasai dengan baik mampu menyokong graduan untuk menembusi pasaran kerja dengan lebih efisien.

Justeru, dapatlah difahami bahawa perkara yang penting dalam usaha menembusi pasaran pekerjaan adalah PROSES PEMBELAJARAN itu sendiri. Jika pelajar tidak melalui proses pembelajaran itu dengan sempurna, maka akan lahirlah graduan yang pasif. Pada pendapat ana, sistem pembelajaran di Malaysia ini masih dangkal. Hal ini disebabkan sebahagian besar sistem pembelajaran masih berorientasikan peperiksaan. Situasi ini bisa saja menghasilkan graduan yang memperoleh keputusan kelas pertama tetapi tidak memiliki kemahiran yang mencukupi dalam usaha mendapatkan pekerjaan dan seterusnya bekerja.

Kita juga harus mengakui bahawa PROSES PEMBELAJARAN itu bukan diperoleh di dalam dewan kuliah semata-mata. Ia boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah yang lebih fleksibel dan tidak memerlukan formaliti. Kesimpulannya, kita seharusnya melihat proses menuntut ilmu itu sebagai suatu proses yang menyeluruh dan tidak statik. Bukalah mindamu untuk mencapai tahap minda kelas pertama.


Sebarang komen, teguran dan pembaikan artikel-artikel blog ini amatlah dialu-alukan.
Nazrey Al-Faruq, Ogos 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

salam...
menarik jgak ye topik ini..
graduan kelas pertama..pada saya..tidak ade maknanye dpt 1st class dlm bidang akademik shj..
tu yng meyebabkan ramai yang kandas untk mendptkan pekerjaan..
pengalaman sy di USM..priority tu mmglaa utk belaja, tp perkara2 lain juga jgn dipandang enteng..
spt melibatkan diri dgn program2 yang berunsurkan kepimpinan dan sukan..barula jadi mahasiswa yg "well rounded" tp jgnla smpi yg dikejar xdpt yang dikendong keciciran...
kalo boleh jadilah GRADUAN KELAS PERTAMA yang mantop dr segi akademik dan lain2 bidang..

ZHAFRAN said...

Alhamdulillah, hebat graduan ijazah kelas pertama ni ye. Semoga hebat juga dalam memperjuangkan nasib ummaat Islam, Insya allah.

Muslimin Agung said...

Maknanya kemahiraN DAN ILMU PERLU DISAtukan aGAr melaHIRKAn generaSI modaL INSAn yaNG maMPU MEMBAwa PAnji-paNJI iSLAm paDA empaTNYA