Berikut merupakan antara input yang diterima. Moga-moga ada manfaat.
..........................................................................................................................................................................Namun persoalannya, adakah semua yang telah berpuasa melalui fasa pertama sehingga kini secara automatik mendapat Rahmat? Maka jawapannya adalah tidak. Hal ini disebabkan syarat untuk mendapat rahmat daripada Allah ada tiga iaitu:
1. Beriman 2. Berhijrah 3. Berjihad di jalan Allah.
218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Justeru muslim yang telah memenuhi syarat ini sahajalah yang mendapat Rahmat daripada Allah. Seterusnya mari kita menelusuri fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Sama seperti persoalan yang pertama, tidak kesemua umat Islam yang berpuasa layak mendapat pengampunan dari Allah s.w.t. Hanya mereka yang bertaqwa layak beroleh pengampunan dari Allah.
133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
Dalam ayat ini, perkataan maghfirah dinyatakan dahulu sebelum jannah. Ini menunjukkan bahawa tanpa pengampunan dari Allah, janganlah harap beroleh syurga dari Nya. Mari kita lihat kaitan di antara maghfirah dan rahmat Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah menyatakan bahawa kita semua hanya dapat masuk ke dalam Syurga dengan Rahmat dari Nya. Ini menunjukkan kaitan yang cukup signifikan bagaimana rahmat dan maghfirah dari Allah membolehkan kita memperoleh syurga.
Mari kita beralih kepada satu doa dari Al-Quran yang cukup popular;
Imam Al-Qurtubi menafsirkan Hasanah fiddunia itu adalah berada di jalan yang lurus (Siratul Mustaqim) sewaktu di dunia. Jalan yang manakah yang dianggap lurus? Ia adalah jalan Allah dan jalan Rasul. Hal ini dijelaskan dalam Surah Yasin ayat 3, 4 dan 61..
Hasanah filakhirah pula ditafsirkan sebagai mendapat pengampunan dari Allah s.w.t. Tafsiran ini sekali lagi selari dengan ayat yang disebut sebelum ini. (2:218)Bersambung....
No comments:
Post a Comment