31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Terdapat satu lagi peristiwa yang berlaku berkaitan TAQWA. Peristiwa ini mengambil tempat sewaktu pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Kota Makkah yang dipenuhi dengan berhala itu dibersihkan, maka Rasulullah S.A.W mengarahkan Bilal untuk naik ke atas Kaabah dan melaungkan azan. Namun, terdapat mereka yang cemburu dengan Bilal sehingga terkeluar kata-kata ini; “Di antara ramai umat Islam ini mengapalah si gagak hitam itu yang terpilih untuk melaungkan azan”. Gagak hitam itu merujuk kepada Bilal. Bilal sememangnya berketurunan Habsyi & berasal dari Eithopia.
13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Peristiwa ini menunjukkan betapa mulianya Bilal pada pandangan Allah. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Bilal pernah berjalan di hadapan Rasulullah. Sejurus selepas itu Rasulullah terus bertanya kepada Bilal, “Apakah amalanmu wahai Bilal?”. Bilal menjawab, “Sepanjang pengetahuan saya Rasulullah, tiada yang istimewa, cuma seingat saya, setiap kali saya berwudhu’ saya tidak akan lupa untuk menunaikan solat sunat dua rakaat, mengapa kau bertanya begitu Ya Rasulullah?”, Bilal bertanya. “Sewaktu kau berjalan di hadapanku tadi, aku dengar tapak kaki yang sama bunyinya dengan tapak kaki yang aku dengar di Syurga sewaktu aku di Mi’raj
Masya Allah. Betapa di dunia lagi sudah ditunjukkan tanda-tanda orang yang bertaqwa.
Selain itu, dalam bulan Ramadhan ini, kita dianjurkan untuk mengamalkan 4 perkara ini;
- Mengucapkan istighfar
- Mengucapkan Lailahaillallah
- Berdoa agar sentiasa dapat melakukan perkara yang mendapat Redha Allah dan mendapat syurga Allah.
- Berdoa agar sentiasa dapat menghindarkan perkara yang dimurkai Allah dan terlepas dari siksaan api neraka.
..........................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment