>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

UPDATE YANG TAK UPDATE



Setelah sekian lama menyepi, jari-jemari ini kembali menari alunan suara hati yang telah lama terpendam dek kesempitan masa dan kesibukan kerja yang mendesak. Pegh...ayat tak ingat dunia, ingat akhirat je.

Ziarah adalah satu elemen yang sering dilupakan atau dipandang enteng oleh kebanyakan ahli masyarakat. Ziarah bukan lagi menjadi satu budaya dalam usaha merapatkan hubungan, mencitrakan ukhuwwah dan mewarnakan persahabatan.



18 Julai 2009 yang lalu, ana melawat kakak ana di Proton City, Tanjong Malim. Seperti biasa, kuda hijau sedia membawa ana ke destinasi. Hmm...kalau lihat kat meter, jarak perjalanan dari rawang ke tanjong malim dalam 60km je. Tak bleh lah nak jamak. he2. Bukan ape, bile bermusafir ni, terngiang-ngiang akan rukhsoh solat kurniaan Allah yang mengandungi seribu satu hikmah di dalamnya.



Tiba sahaja di rumah kak zura, waktu telah menghampiri asar. Kak zura demam. begitu juga Damia. Patutlah senyap je. Kebiasaannya, anak buah ana yang sorang inilah yang bising. Tapi, dek demam nya yang masih belum kebah, muka yang sarat dengan mesej kesedihan terpancar jelas di wajahnya.




Seusai solat asar di masjid, Abang Naz menjemput ana menghadiri kenduri cukur jambul jirannya. Wah, baru sahaja perut ini dijamu dengan nasi, sudah dipanggil kenduri lagi. Hmm..takpe la. Makan sikit-sikit cukupla, hati ini mengomel senidirian. Kali ini, faten, anak buah ana yang bongsu dibawa bersama. Berbanding Damia, Faten lebih senyap dan pemalu. Namun, AWAS, jika dia dah rapat dengan seseorang, mungkin tak nak berenggang terus.he2.



Sesudah waktu maghrib dan isyak, kami semua berehat di hadapan tv. Tempat yang biasa dijadikan tempat berkumpul dan berehat dalam sesebuah keluarga. Betul ke? :)

Sesi bertukar khabar dan pendapat pun bermula lah (thats the formal way to put it lah). Actually kami pun sembang-sembang jela tentang perkembangan diri masing-masing. Well, itulah jugak tujuan kita menziarahi saudara atau sahabat kite kan?



Malam itu ditutup dengan melihat dua orang anak buah ana tertidur melelapkan mata. Comel sangat. Tidurlah wahai anak-anak buahku. Moga kau bisa mewarisi perjuangan agama ini dewasa kelak.

Monday, July 27, 2009

KEMBALI KE KUSESS?



11 Julai 2009 yang lalu, ana diamanahkan untuk mewakilkan ayah dan ibu ana untuk pergi ke KUSESS (my former school) untuk menghadiri mawaddah + forum sempena kempen anti buli yang diadakan seminggu sebelum itu. Hmm..my bro, Zaki mewarisi kehebatan abangnya, turut belajar di KUSESS, hehehe. Gurau je. Jangan Mare.

Kembali ke sekolah lama tentunya menyebabkan memori lama menggamit diri ini. Ana bertolak dari rumah lebih kurang jam 8.30 pagi. Dengan menunggang kuda hijau ana memecut bimbang terlewat dari jam 9pagi. Tiba di sekolah dalam jam 9.45 pagi, ana disambut oleh penyambut-penyambut tetamu yang terdiri dari pelajar kusess. Tiba sahaja di hadapan taman rashidah utama, ana disambut oleh my bro, Zaki.



lebih kurang 7m dari tempat pendaftaran, kelihatan cikgu Normidza Kamel merenung diri ini. Berkerut-kerut dahinya melihat ana menuju ke tempat pendaftaran.

"Cikgu tak tau pulak kamu ade adik kat sini?", ayat pertama yang terpacul dari mulut cikgu midza. "ha3x, ye cikgu, nilah adik saya, muka kami same tak?, hehe", ana berseloroh menghangat susasana. "Mak ayah kamu tak datang ke zhafran?", cikgu midza menyambung lagi. "Oo...ayah saya terpaksa menghadiri urusan yang lebih penting terlebih dahulu, Insya Allah lepas zohor diorang datang la untuk program Mawaddah tu.", ana menerangkan.

Bagai lagak gaya seorang ayah, ana mendaftarkan adik ana untuk program hari itu. Kami masuk ke dalam dewan utama dan menunggu untuk program forum bermula. "Hmm, dah lewat ni", ana mengomel kepada zaki. Program bermula lewat 30 minit. Ada 3 orang panel. Yang ana ingat cuma Ustaz Haslin Baharim. Seorang penceramah bebas mantan Imam masjid sultan Ibrahim, Kuala selangor. Die ni ceramah memang power gile. Suara dah la mantop.



Nak jadi cite, al maklumlah, buak2x asrama ni memang kuat tido. Pantang dengar ceramah atau ucapan sikit, mesti nak tido. Berikut adalah beberapa gelagat yang sempat dirakamkan.he3x.


Tapi, yang pelik bin ajaibnye, time ustaz Haslin Baharim tu ceramah, sume angkat kepala. Hilang ngantuk terus. Pegh, hebat gile ustaz Haslin. (tapi panel lagi 2 orang tu memang boring pun...Ops!)

Setelah selesai majlis forum di dewan, kami terus bergerak ke asrama. Ada aktiviti jamuan di dorm! Hmm..perut pun dah lapar ni. Dalam perjalanan ke asrama, ana terserempak dengan ustazah yang begitu fenomena di KUSESS. Siapa lagi kalau bukan USTAZAH SABIBAH! Jeritan dan suaranya begitu unik sehingga terngiang-ngiang di telinga ini. Ana bertegur sapa dengan Ustazah Sabibah. NAmpaknya seperti ingin keluar dari sekolah. Anaknya satu dorm dengan zaki. Rupa-rupanya anaknye dapat anugerah. Kena gi shah Alam rasenye. Bye Ustazah!





Lepas tu, sampa sahaja di pintu masuk Aspura,a an bertembung dengan cikgu Fairol (maaf, tak sempat bergambar). Cikgu Fairol bercerita serba sedikit tentang KUSESS Alumni yang sehingga sekarang masih belum didaftarkan secara rasmi. What a life! Ha3x.

Tiba di dorm Malau2 (my bro's dorm), kelihatan beberapa keluarga telah memulakan jamuan terlebih dahulu. Ana pun degan lagak gaya seorang ayah menyertai jamuan. Tapi, semua dah boleh cam, ingatkan nak menyamar jadi ayah. Hmm..muka awet muda kot? Ahaks! Alhamdulilah, ana sempat memberi tazkirah pendidikan kat budak2x dorm tu. Kira ceramah pengalaman alumni la kan. ha3x. Sempat juga beramah mesra dan bergambar dengan diorang.



Setelah selesai jamuan, ana dan zaki pun bersiap-siap menuju ke surau untuk solat zohor. Suatu perkara yang sangat tidak dijangka. Di tingkat 1, ana terserempak dengan Cikgu Hassan Abrar! Pegh, dan yang bertambah pelik lagi, dia ingat gile dengan muka ana ni. He3x. Popular ke ana kat KUSESS dulu ek? :P



Kami bertukar khabar dan satu soalan mencuit hati ini. "Kamu dah kawin belum Zhafran?", cikgu Hassan Abrar bertanya. "Belum cikgu", ana menjawab. "Ha! Belum lagi?", Isk3x kamu ni, tak boleh jadi ni, kena kahwin cepat2x, baru la kamu dikira anak murid cikgu yang berjaya", cikgu berseloroh dengan nada yang agak serius. "Ok cikgu2x, ana hanya mampu tersenyum sebelum bergerak ke surau untuk solat zohor.



Selepas zohor, mak dan abah ana tiba untuk program mawaddah dan dalam jam 4 ana bertolak pulang. Selamat tinggal KUSESS! (buat masa ini) :)

Wednesday, July 1, 2009

BERSAMA KELUARGA



Keluarga. Suatu entiti yang sangat penting dalam kehidupan. Dari keluargalah lahirnya kehidupan. Dari keluargalah lahirnya insan. Dari keluargalah lahirnya karakter. Dari keluargalah lahir seorang pemimpin dan dari keluarga jugalah lahir sampah masyarakat.

Tanggal 12 Jun 2009, ana pulang ke kampung di Tanjong Karang. Jauh di lubuk hati ini rindu dengan mak dan abah yang disayangi. Biarpun sibuk bekerja, namun jangan sesekali kita semua lupakan tanggungjawab kita kepada dua insan yang sangat penting dalam hidup kita.



Apabila balik sahaja ke kampung. Ana akan sedaya upaya menghabiskan masa bersama mereka dalam apa bentuk sekalipun. Makan bersama, berbual, menolong kerja-kerja rumah hatta bergambar dan bergurau bersama mereka. Biar nampak remeh, namun inilah yang dipanggil kasih sayang.



Manusia sering risau dengan apa yang tiada dalam genggaman mereka. Tidak mengira sama ada perkara itu keperluan material, emosi dan lain-lain. Namun, banyak manusia lupa untuk mensyukuri apa yang mereka ada dan miliki sekarang.

Ibu bapa dan keluarga merupakan salah satu daripada nikmat yang tidak terhitung pemberian ALLAH. Sebagai HambaNya, kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat pemberianNya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Justeru, janganlah kita mengabaikan institusi yang diberi nama KELUARGA. Jika diabaikan, maka akan pincanglah ahli keluarga tersebut dan jika banyak keluarga mengalami perkara yang sama, maka akan pincanglah masyarakat dan akhirnya negara. You want to fix society? Fix your family first!

Wednesday, May 13, 2009

FAMILY DAY 2009


Tanggal 19 Mac 2009, ana bersama keluarga kembangan bercuti di Cherating, Pahang. Memang menyeronokkan. Ini adalah kali pertama keluarga ana mengadakan hari keluarga. Semoga ada manfaat dan kebaikan untuk semua. Tahun depan nak gi mane plak mak? :-)



Friday, January 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY ZHAFRAN!!!

Pada cuti sempena awal Muharam 1430H, bersamaan 29 Disember 2008, ana mengambil peluang meraikan hari lahir ana bersama keluarga di Tanjong Karang. Alhamdulillah, walaupun yang ada di rumah hanyalah Abah, Mak dan adik yang bongsu iaitu Zaki, namun ana cukup gembira diraikan oleh keluarga yang begitu memahami diri ini.



Yang paling istimewa pada sambutan hari lahir itu ialah masakan Abah dan Mak ana. Abah mempamerkan kehebatan resepi makaroni-nya dan Mak seperti biasa dengan masakan tradisi keluarga kami iaitu Masak Ros. Hmm…memang menyelerakan. Lihat sajalah gambar yang sempat dirakamkan. Meleleh ayaq lioq bak kata orang utara.



Setelah selesai jamuAn, Mak dan Abah tidak lupa memberikan hadiah pada ana. Namun, bukan material menjadi nilaian. Bukan makanan menjadi ukuran.


Tetapi nilai kasih dan sayang sepasang insan bernama ibu dan ayah itu yang bermakna.


Nilai keprihatinan kedua-dua insan itu yang menjadi dambaan.



Dan perkara itulah yang menjadikan sambutan hari lahir yang ke 23 kali ini menjadi tidak ternilai harganya. Terima kasih Mak dan Abah yang telah melahirkan ana ke dunia ini. Semoga ana terus Istiqamah dalam memperjuangkan agama ini dan menjadi anak yang soleh, Insya Allah.