Yang paling istimewa pada sambutan hari lahir itu ialah masakan Abah dan Mak ana. Abah mempamerkan kehebatan resepi makaroni-nya dan Mak seperti biasa dengan masakan tradisi keluarga kami iaitu Masak Ros. Hmm…memang menyelerakan. Lihat sajalah gambar yang sempat dirakamkan. Meleleh ayaq lioq bak kata orang utara.
Setelah selesai jamuAn, Mak dan Abah tidak lupa memberikan hadiah pada ana. Namun, bukan material menjadi nilaian. Bukan makanan menjadi ukuran.
Tetapi nilai kasih dan sayang sepasang insan bernama ibu dan ayah itu yang bermakna.
Nilai keprihatinan kedua-dua insan itu yang menjadi dambaan.
Dan perkara itulah yang menjadikan sambutan hari lahir yang ke 23 kali ini menjadi tidak ternilai harganya. Terima kasih Mak dan Abah yang telah melahirkan ana ke dunia ini. Semoga ana terus Istiqamah dalam memperjuangkan agama ini dan menjadi anak yang soleh, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment