Selangor merupakan antara negeri yang mengisytiharkan cuti umum untuk perayaan Thaipusam. Pada tahun ini, Thaipusam jatuh pada tanggal 8 Februari 2009 bersamaan hari Ahad. Jadi tanggal 9 Februari 2009 bersamaan hari Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum Thaipusam. Pada hari itu, ana berkesempatan menyertai rombongan pemuda PAS Selayang dan IT PAS Pusat untuk melawat sahabat-sahabat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Kami bertolak lebih kurang jam 8.45 pagi dari Rawang dan tiba di
Alhamdulillah, setelah mendapat beberapa petunjuk, kami selamat tiba di kediaman rasmi MB Perak. Tiba di pintu pagar, Unit AMAL siap siaga bertindak mengawal kediaman tersebut. Tiada apa-apa kekecohan, hanya langkah berjaga-jaga. Setibanya kami di lobi, kami duduk di sofa berhampiran pintu masuk. Khabarnya DS Ir. Nizar sedang menerima wartawan WASILAH. Wartawan THE SUN sedang menunggu giliran, dan sebentar lagi satu mesyuarat akan diadakan. Sahabat-sahabat perhubungan PAS
Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB
Harakahdaily
|
Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera. Berikut adalah kandungan penuh 5 Februari 2009 Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum Ampuan Tuanku, Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan. Ampuan Tuanku, MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara: 1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri. 2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut. Ampuan Tuanku, Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka. Ampuan Tuanku, Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak. Ampuan Tuanku, Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan. Amin Ya Rabbal 'Alamin Ampun Tuanku, Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan |
Sedang kami teliti mendengar sekitar jam 11.45 pagi kami dikejutkan dengan suatu berita. YB Roslan Shaharom, Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal dunia. Beliau meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke farmasi menaiki basikal. Beliau dipercayai jatuh dari basikal kerana serangan jantung. Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun. Hanya itulah kalimah yang mampu diucapkan. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita pulang.
Selang beberapa ketika, kami dijemput oleh DS Ir Nizar untuk ke bilik pertemuannya untuk melakukan sedikit perbincangan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Kalimah tasbih, tahmid dan takbir terpacul dari mulut ini. Sebenarnya, rombongan kami tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk bertemu dengan DS Ir Nizar. Namun, sikap rendah diri, tenang, tabah dan professional yang dimiliki oleh beliau memungkinkan kami untuk melakukan sedikit perbincangan di saat-saat yang genting ini.
Setelah melakukan diskusi ringkas, rombongan kami bersurai. Sebelum meninggalkan kediaman rasmi menteri besar, kami menuju ke bilik media untuk mendapatkan maklumat dan menawarkan bantuan sekadar yang termampu. Kami bergerak meninggalkan kediaman rasmi menteri besar sekitar jam 1.45 petang. Setelah makan tengahari, kami terus bertolak menuju ke kediaman Allahyarham YB Roslan Shaharom untuk menziarahi jenazah. Seperti yang dijangka, begitu ramai sekali manusia yang menziarahi beliau. Subhanallah, begitu tenang dan bersih muka jenazah menghadap pencipta-Nya. Semoga Allah merahmati allahyarham.
No comments:
Post a Comment