Tanggal 8 februari 2009 yang lalu, ana sempat berkunjung ke tapak pameran Gerak Usahawan Nasional 2009 bertempat di PWTC. Program ini adalah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Subhanallah, sememangnya insan berjiwa usahawan akan teruja apabila mengunjungi pameran ini. Begitu banyak nilai-nilai keusahawanan yang dapat dipelajari dan diamati sepanjang kunjungan berlangsung.
Ana mengamati produk-produk dan servis yang dipromosikan. Dari produk kopi sehinggalah servis IT, kesemuanya begitu mengujakan dan mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing. Terlintas di lubuk hati, alangkah bagusnya jika usahawan-usahawan di negara kita ini dapat memperkembang potensi perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Bukan sahaja demi kemajuan dan keuntungan material, malahan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap produk luar negara terutamanya produk-produk
Permata Hijrah
Mata ana giat memerhatikan pameran. Ana singgah sebentar di booth Permata Hijrah yang menjual produk kesihatan mata. “Dik, kami ada promosi rawatan mata percuma hari ni, Mai la duduk sini
Terasa lega urat-urat disekeliling mata diurut oleh mesin itu. “Mesin ni berapa harga dia kak?”, ana melontar persoalan. “Kalau mesin ni, lebih kurang RM300 harganya”, dia tenang menjawab. Ana hanya mampu menelan air liur mendengar harganya.
Rakan Niaga
Pemerhatian diteruskan. Tiba-tiba ana terserempak dengan sahabat dari Bandar Tasik Puteri, Syeikh Zaidi. “Assalamualaikum Syeikh, apa khabar? Sorang je ke?”, ana menyapa. “Waalaikumussalam, ya sorang je, jom kita round sama-sama”, Syeikh Zaidi mempelawa. Syeikh Zaidi merupakan seorang businessman yang berjaya. Perniagaan utamanya ataupun core business beliau adalah di bidang IT.
Fadzli Yusof
Sedang asyik kami melawati booth-booth perniagaaan di situ, kami terserempak dengan salah seorang personaliti yang tidak asing lagi di
Kami sempat mengabadikan saat-saat pertemuan kami dengan saudara Fadzli Yusof menggunakan kamera telefon Syeikh Zaidi. Al-maklumlah, bukannya selalu menemui peluang sebegini. Moga-moga roh semangat usahawan itu sedikit sebanyak mengalir ke dalam diri ini, Insya Allah.
Siti Khadijah
Berfikir tentang perniagaan dan keusahawanan, ana teringat pada sebuah buku yang ditulis oleh Ashadi Zain. Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah. Apabila menyebut sahaja Khadijah, biasanya akan tergambar dibenak kita akan wataknya sebagai seorang isteri solehah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun, jangan kita lupa bahawa beliau juga merupakan seorang usahawan ternama di Makkah. Pertemuan Khadijah dengan Nabi Muhammad juga berlaku dalam perniagaan.
Melihat kepada subtopik buku ini sudah cukup membuatkan seseorang usahawan kepingin untuk membaca dan menelusuri tips-tips perniagaan yang cukup bernilai dari serikandi kesayangan nabi ini. Berikut merupakan subtopik yang dibincangkan dalam buku ini;
1 Profil Ringkas Khadijah
2 Berniaga adalah Budaya Masyarakat Arab
3 Memanfaatkan Sistem Business Matching
4 Khadijah Menilai Peluang Perniagaan dan Diri Nabi Muhammad
5 Mudarabah Antara Nabi Muhammad dan Khadijah
6 Analisis Kos-Faedah
7 Mewujudkan Program Pengiktirafan
8 Memantau Perkembangan Perniagaan
9 Budaya Dipacu Prestasi
10 Bijak Menjalin Hubungan Baik dengan Semua Pihak
11 Pembezaan dalam Perniagaan Khadijah
12 Struktur Organisasi Perniagaan Khadijah yang Berkesan
13 Pengurusan Risiko
14 Kesinambungan Perniagaan dan Rancangan Pewarisan
15 Menjangka Masalah Perniagaan
16 Masalah Agensi
17 Keputusan Tepat Memilih Nabi Muhammad Sebagai Mudarib
18 Kesinambungan Hubungan Awal Antara Nabi Muhammad dan Khadijah
No comments:
Post a Comment