Alhamdulillah, ana diterima bekerja di Kedai HPA, cawangan Serdang bersama sahabat ana, akhi Zaidin. Siapa tak pernah dengar slogan “Mai Secawan”. Pasti terbayang iklan kopi radix HPA yang menggambarkan sekumpulan pengembara yang terkandas di dalam hutan. Ana bersyukur diterima bekerja di sini. Sekurang-kurangnya terisi masa dengan kerja-kerja yang bermanfaat.
Sebelum bekerja di sini, ana hanya mengenali HPA sebagai sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat-ubatan berasaskan herba. Kalau adapun produk lain, yang diiklankan di media masa hanyalah kopi Radix dan yang terbaru Radix Cola dan Sarsi. Walau bagaimanapun, setibanya di kedai, ana agak kagum dengan kepelbagaian produk yang dihasilkan. Dari peralatan mandi, kosmetik hinggalah kepada produk makanan dan minuman, boleh dikatakan HPA mendahului syarikat produk halal yang lain.
Ana mula bekerja pada tanggal 1 Jun 2006. Pada tarikh yang sama, HPA melancarkan restoran makanan segeranya yang pertama di Sungai Petani; Radix Fried Chicken (RFC). Melalui tayangan online, ana melihat perasmiannya. Masya Allah, tak kalah dengan KFC. Melalui maklumat yang ana peroleh dari ahli yang hadir, ayam yang disajikan tidak cukup. Sambutannya begitu menggalakkan. Malah dikhabarkan, selepas 3 hari pembukaan, pelanggan tidak putus-putus berkunjung ke situ.
Sesuatu fenomena yang tidak mengejutkan ana. Sememangnya orang Islam khususnya di
Situasi kehausan produk alternatif ini sebenarnya dapat kita analogikan kepada pelbagai perkara. Contohnya politik. Barisan alternatif. Situasi PRU12 Mac lalu jelas memberikan mesej bahawa barisan alternatif semakin diterima rakyat. Seterusnya muzik alternatif. Masyarakat yang sebelum ini sering digula-gulakan dengan hiburan barat mula beralih kepada nasyid kontemporari apabila album Puji-pujian dari kumpulan nasyid Raihan mendapat tempat di hati peminat muzik
Seterusnya media
Justeru, ana menyeru semua pihak agar besikap lebih proaktif. Apakah yang ana maksudkan dengan proaktif? Jika kita sibuk dengan kempen memboikot barangan yang menyumbang dana kepada yahudi laknatullah, maka sibukkan lah juga masa kita dengan
Kesimpulannya, sekiranya kita semua begitu lancang mengkritik dan mencari kesalahan orang lain, maka jangan lupa juga memberi pandangan dan idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan hanya tahu menyalahkan orang lain, tanpa
Nazrey Al-Faruq Jun 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com
No comments:
Post a Comment