>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Tuesday, June 24, 2008

KENANGAN TERINDAH



Kejadian pada ahad malam Isnin tanggal 22 Jun 2008 tidak akan ana lupakan dalam hidup ana. Pengalaman pahit berbaur manis ini tidak sabar ana nukilkan buat tatapan pengunjung blog ini. Pada malam tersebut, ana pulang dari kampung di Tanjong Karang menuju ke Serdang tempat ana bekerja sekarang. Menunggang motosikal KRISS berwarna hitam, lagak ana umpama mat rempit yang sedang merempit dengan jayanya.

Bak kata pepatah ‘Malang Tidak Berbau’, sedang ana khusyuk mengemudi bahtera KRISS di lebuhraya SPH Rantau Panjang menuju ke Shah Alam, KL, terasa sesuatu tidak kena pada kuda tunggangan ini. “Apehal rase nak melayang je motor ni, macam nak pancit je”, getus hati ana. Sangkaan ana tepat. Cepat-cepat ana memperlahankan throttle lalu menyusur ke bahu jalan. “Allahuakbar, pancit pulak, ape nak buat ni?”, ana mengomel sendirian. Tiba-tiba terlihat papan tanda telefon kecemasan, 250m. Harapan mula berputik….

Di kedinginan malam di lebuhraya itu ana menyorong motor penuh pengharapan. Mengharap pada telefon kecemasan. Tiang telefon kuning berlabel SOS kelihatan. Fuh, sampai juga akhirnya. Ana melangkah divider menuju ke tiang itu. Butang PUSH ditekan. Allahuakbar! Tak berfungsi. Harapan ana hancur berkecai. Fikiran berkecamuk seketika. Macam mana nak buat ni. Ana termangu seketika…

Selang beberapa minit sebuah motor melintas, nampak seperti ingin berhenti. Sebuah motor Lagenda biru berhenti. “Kenapa ni?”, abang itu menegur ana. “Pancit bang”, ana menjawab. “Allah, kalau pancit tak dapat la abg nak tolong, ingatkan habis minyak”, abang itu menjawab. Abang itu termenung seketika. “Takde member ke dekat-dekat sini?”, abang itu menyoal lagi. “Takde bang”, ana tunduk merenung nasib. “Oklah, camni, bagi abang no telefon, nanti kalau abang nampak nombor telefon pomen ke, abang mesej kat ko k”. “Ok bang”, ana menjawab lemah.

Ana menunggu mesej dari bro tersebut. “Tit..tit”, handphone berbunyi. “Ni no telefon pomen motor pancit, abang nampak kat divider keluar highway, ni jela abang dapat tolong, kalau ok nanti mesej, k”. Baik betul hati abang ni, sanggup mesej-mesej orang susah yang tak dikenali namanya pun. Ana cuba menghubungi nombor-nombor yang diberikan. Cubaan gagal. Kepala otak ana terus kusut. “Allah, macam mana ni, esok nak kerja n ade interview, malam ni kene sampai Serdang gak”, hati ini terus mencatur. Akhirnya ana nekad untuk satu tindakan berani mati (ayat gempak je ni). Menyorong motor melawan arus. Patah balik untuk keluar dari lebuhraya.

Keringat jantan mula keluar. Kepenatan tahap gaban mula dirasai. Namun, hati ini nekad untuk menempuh dugaan ini. Di tengah-tengah kepenatan itu, teringat dosa-dosa yang pernah dilakukan. Perasaan kesal menyulubungi. Itulah manusia yang sering lalai dan lupa. Masa senang susah nak ingat Allah. Masa susah baru teringat nak bertaubat. Ana terus melayan perasaan. Akhirnya ana berjaya keluar dari lebuhraya. Terlihat ada stesen minyak yang berdekatan. Motor disorong menghala ke situ. Harap-harap ada jalan penyelesaian. Sampai di depan stesen, ana berhenti melepaskan penat sambil otak ligat berfikir jalan keluar dari masalah sekarang.

Fikir punya fikir akhirnya terfikir jalan yang terakhir iaitu menghubungi keluarga di kampung. Belum sempat ana mengangkat handphone, sekumpulan remaja bermotor menghampiri ana. “Bang, kenapa ni?”, salah seorang daripada mereka menegur ana. “Motor pancit la dik”,ana menjawab seperti biasa. “Abang nak gi mana?”, dia terus bertanya. “Abang nak pegi Serdang, keje kat sane”. “Ooo..jauh tu, ok bang abang tunggu sini jap, nanti kami amek barang, kami tolong ya”. Tiga daripada empat remaja itu meluru menaiki motosikal menuju ke suatu tempat untuk mendapatkan perkakasan. Tinggallah seorang remaja menemani ana.

“Sape nama?”, ana memulakan perbualan. “Zul”,remaja itu menjawab sepatah. Sekilas pandang bisa saja kita menyangka remaja itu seorang samseng jalanan. Dengan motor RXZ nya tak ubah seperti lagak seorang mat rempit. Sekonyong-konyong kumpulan remaja yang mengambil perkakasan itu kembali. Dengan bersungguh-sungguh, mereka ‘mengerjakan’ motor ana. Sambil-sambil itu ana menemuramah mereka. Dari isu pendatang asing di kawasan mereka hinggalah kepada peristiwa kematian kawan mereka yang digilis kontena, ana mendengarnya dengan teliti.

Perasaan ana bercampur baur. Terharu, kagum dan rasa bersalah. Pertamanya, terharu kerana mereka sanggup menolong insan yang ditimpa kesusahan tanpa banyak berkira. Kalau nak dikirakan, siapalah insan tak dikenali di hadapan stesen minyak ini. Boleh sahaja ana dibiarkan berseorangan tanpa pertolongan. Namun atas keprihatinan mereka, ana tidak dibiarkan begitu sahaja. Kedua, kagum kerana masih wujud insan-insan yang baik seperti mereka. Walaupun luarannya nampak brutal, namun masih wujud secebis sifat-sifat mahmudah yang sememangnya fitrah manusia yang sukakan kebaikan dalam diri mereka.

Ketiga, rasa bersalah kerana remaja-remaja ini terbiar tanpa pimpinan dan dakwah islam. Seandainya remaja-remaja ini dipimpin, ana yakin ada manfaatnya buat diri mereka sendiri dan buat deen yang tercinta ini. Masih terasa berat tanggungjawab dakwah Islam yang harus dipikul dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ana tak akan melupakan kenangan terindah dan pengajaran yang ana peroleh dari empat anak muda Rantau Panjang Klang ini iaitu Alang, Zul, Jijul dan Faizal.

Wallahualam

Sebarang komen, teguran dan pembaikan artikel-artikel blog ini amatlah dialu-alukan.
Nazrey Al-Faruq Jun 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

salam buat saudara zhafran..bila baca artikel yg awk tulis..kesian jugak sbb tayar pancit..biasela dugaan..biasenye manusia bile susah br nak ingat Allah..mudah2an kita akan sentiasa mengingatinya di kala susah ataupun senang..
komen saya tntang budak2 tu..don't judge the book by its cover..kadang2 mat rempit2 tu sembahyang jugak..mungkin kalo pjg ukhuwah awk dgn dorg..bolehla awk membimbing dorg ke jalan yg lebih baik..ade hikmahnya di sebalik dugaan yg menimpa awk..Allah bg awk satu ruang br untuk mengembangkan dakwah..itula yg org boleh nmpak..semoga berjaya..salam

Musafir said...

tayar pancit itu sebenarnya sebagai penyebab atas pertemuan enta dengan saudara2 tu, yang pasti mengatur adalah si Dia. hati mereka cair untuk membantu enta tu adalah atas keinginanNya, agar antum mencari hikmah di sebalik kejadian ini. menarik, kisah yang menarik. tidak ada pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman sendiri

Anonymous said...

subhanallah..
terasa terhenti jantung biler baca..
btul..kiter sebagai hamba Allah yang ingin mmbawa islam, sepatutnya perlu lebih gigh untuk mengembalikan kegemilangan islam kembali..
kalo difikir balik,mgkin mat2 rempit itu xpernah diajak untuk menuju ke jalan Nya yg sebenr..
jadi kiter perlu ada strategi yg lebih tersusun agar dakwah kiter tidak hya tertumpu pada sstgh pihak sahaja...
wallahua'lam

Anonymous said...

Salam perjuangan buat sahabat.. ana dapat membayang kekusutan enta di waktu kesusahan itu.. ntah la di tmpt org..
namun.. alhamdulillah ada saudara2 seagama kita membantu enta tanpa rasa leceh dan disusahkan.. ana kagum dgn pertolongan mereka sprt diumpamakan golongan ansar yg menolong muhajirin..
semoga anda dan mereka2 yg menolong anda di tempatkan di antara golongan yang dirahmati Allah..amin.. :)