>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label PJ7. Show all posts
Showing posts with label PJ7. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

LIQA' MINI PJ7 II + PJ JUNIOR?



Alhamdulillah, sebuah lagi pertemuan dengan sahabat seperjuangan di UMS dahulu berlangsung dengan jayanya tanggal 26.7.09. Hmm..ini bukan kali pertama LIQA' MINI PJ7 berlaku. Kali ini, ada dikhabarkan sahabat ana, nun jauh dari Tawau, Sabah ingin bertandang di Kuala Lumpur. Siapa lagi kalau bukan insan kontroversi saudara seislamku Burhanuddin bin Sirajuddin.



Burhan atau panggilan manjanya Bubu datang sebagai Guru pengiring pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Maluri, Kuala Lumpur. Pegh..kira sekolahnya jadi wakil Sabah la. Kelas gitu. He2. Beliau bukan berseorangan. malahan ditemani jurulatih nasyid berbakat saudara Sabahrullah, my junior in UMS and Bubu punya anak didik bah. Memang mantap dua-dua orang ni bila bercakap. he2. Jangan mara.



Kami berjumpa di Old Town White Coffee berhampiran penginapan mereka iaitu Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Hmm..banyak juga perkara dibincangkan. Sekitar perkembangan hidup masing-masing setelah bekerja dan perkembangan adik-adik di kampus. Dapat disimpulkan bahawa kampus sekarang ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan dari segenap segi. Agak menyedihkan. Walau pahit untuk ditelan, tapi telanlah kerana ubat itu pahit.



Setelah menghirup kopi putih barang segelas disulami dengan makanan ringan, ana mengundur diri meminta pulang. Esok nak kerja. Nanti lambat sangat pula sampai di rumah. Jangan diucap selamat tinggal. Ucaplah Semoga berjumpa lagi, jika tidak di dunia, di alam Baqa', Insya Allah.

Saturday, December 27, 2008

ZIARAH KE BANTING

Cuti 25 Disember 2008 tidak ana sia-siakan. Kebetulan, RAIS Seumur Hidup PJ7 bersama kami, maka seharusnya peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Kami merancang untuk menziarahi Saudara Firdaus dan isteri di Banting. Saudari Aidatul Aqma baru sahaja melahirkan anak sulungnya pada 20 Disember 2008 yang lepas.



Pada jam 8.00 pagi, ana Zaidin dan Hasnur ke UKM, Bangi untuk memulangan kereta sahabat ana, saudara Shahril. Setibanya kami di Kolej Keris Mas, kami mengetuk pintu bilik Shahril. “Assalamualaikum!”, kami separuh menjerit. Pintu dibuka. Shah baru terbangun. “Waalaikumussalam, sorila ngantuk sangat.” Ana memahami. Shah baru sahaja pulang dari Kedah, tentu sahaja penatnya masih belum hilang.

Setelah Shah bersiap-siap, kami keluar untuk bersarapan. Sambil memperkenalkan Shah kepada Hasnur dan Zaidin, kami berbincang tentang perancangan hari itu. Sebetulnya, Saudara Shah ingin pulang ke kampungya, Melaka selepas Solat Zohor. Namun, setelah mendengar perancangan kami yang ingin ke Low Yat dan Banting, Shah menawarkan diri untuk menggunakan Kelisanya. Pucuk dicita, Ulam mendatang. Kami menyambut baik kemurahan hati Shah itu. Maka perjalanan dimulakan.





Pada mulanya, kami terpaksa berpatah balik ke Cheras dan pulang semula ke Bangi untuk memulangkan motosikal Kak Lin di Apartmen Seri Cempaka. Selepas itu kami bertolak ke Low Yat. Jalan menuju Ibu Negara agak sesak terutamanya jalan menuju ke Jalan Pudu dan Times Square. Namun, dengan pengetahuan Shah yang agak mantap berkaitan jalan sekitar ibu kota, kami tiba di Low Yat dengan jayanya. Kami solat Zohor di Sungei Wang. Setelah menunaikan hajat untuk membeli komputer riba sahabat ana dan telefon bimbit Zaidin, kami menuju ke KL Sentral untuk memberi komputer riba yang dipesan oleh sahabat ana. Selepas itu, kami menuju ke Banting melalui Lebuhraya Persekutuan.




Kami singgah Solat Asar di Shell Subang. Seusai Solat Asar, kelihatan Shah mengelap cermin Kelisanya dan aksi-aksi lucu ini sempat dirakamkan menerusi lensa Canon IXUS ini. Perjalanan memakan masa hampir sejam. Kami tiba di Banting pada jam 6.20 petang. Alhamdulillah, rumah mertua Firdaus mudah dicari berdasarkan pengalaman ana mengahadiri walimahnya kali yang lepas.




Setibanya di rumah, kami disambut oleh Firdaus, Ibu mertua, dan ipar duainya. Kelihatan susuk tubuh kecil di ruang tamu. Subhanallah, seorang anak kecil sedang lena. Tentulah si anak ini yang merupakan ahli baru dalam keluarga. ”Siapa namanya Syeikh?”. ana bertanya. ”Asma’ ”, Firdaus menjawab. ”Asma’ je?”, ana bertanya lagi memastikan. ”Ya, buat apa panjang-panjang, nanti panggil macam tu juga”, Firdaus merasionalkan hujahnya. ”Ana tanya pendapat Ustaz Sattar dan Ustaz Hafiz”, Firdaus menerangkan lagi. ”Betul tu, nanti senang nak isi borang OMR”, ana menambah. Spontan kesemua ketawa.





Kami semua berbual panjang. Tiba waktu maghrib, kami semua solat berjamaah di Surau berhampiran. Seusai Solat maghrib, kami dijamu makan malam Istimewa oleh keluarga Firdaus dan Intan. Pegh...menu makan malam sememangnya menggegarkan pihak lawan.
Asam pedas, tempe, telur dadar, ayam goreng dan sayur cambur. Berselera sungguh hingga menambah nasi. Al-maklumlah, bukan selalu ke Banting, hehehe. Selesai menjamu selera, kami menunggu bapa mertua Firdaus, pulang dari surau. Sambil menunggu, ibu mertuanya melayan kami berbual. Dari isu pekerjaan hingga isu rumahtangga, kesemuanya bijak dicungkil olehnya. Antara insan yang ter’kantoi’ adalah syeikh hasnur, hehehe…jangan marah. Ada juga sahabat yang puas diusik kerana menyuarakan kebimbangan ketinggalan komuter...nak tahu siapa? tanya la Daus, huhuhu.


Lebih kurang jam 9.50 malam, kami beransur pulang dari rumah Syeikh Firdaus. Setelah menghantar sahabat yang berkenaan ke stesen komuter Shah Alam, Shah menghantar kami ke Cheras. Shah pulang sendirian ke UKM, Bangi. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat ana, Saudara Shahril yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaganya buat kami. Hanya Allah yang mampu membalas budimu kerana Dialah pemilik segalanya.


Buat Firdaus dan Aqma, Tahniah ana ucapkan atas kelahiran puteri sulung, Asma’. Semoga berbahagia dalam melayari bahtera rumahtangga, Insya Allah.