>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Friday, December 26, 2008

PEJABAT TERBUKA IRSB



10 Disember 2008. Ana mendapat jemputan dari akhi Rahim untuk menghadiri jamuan ‘Pejabat Terbuka’ Inteam Records Sdn. Bhd. Jamuan Hari Raya Aidiladha merangkap perasmian pejabat baru etc. hehehe. Hmm..untuk pengetahuan semua, pejabat ini merupakan pejabat terbaru inteam. Ana pun tak pernah sampai lagi. Dua tingkat tu. Namun, lokasinya masih di Bandar Sri Damansara.


Ana tiba di Bandar Sri Damansara dalam jam 1 petang. Selepas solat Zohor di Masjid berhampiran, ana menunggang motosikal menuju ke destinasi. Berbekalkan alamat dan gerak hati (tak bleh blah,hu3x) ana mencari. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Dengan izinNya tiba jua di tempat tujuan.


“Assalamualaikum”, kalimah ukhuwwah meluncur dari mulut. ”Waalaikumussalam, sila-sila”, bos inteam records, Abg Zam mempelawa. Kelihatan trio inteam sibuk melayan tetamu. “Assalamualaikum Syeikh Rahim”, ana menyapa. Tampak seperti Abang Ito Lara menggendong seorang bayi comel. “Anak sape ni bang?”, ana bertanya. “Ooo..ni anak Along exist”, Abang Ito menjawab. Ana terus menuju ke meja jamuan. Pegh..bleh tahan menunya. Semua pantang. Pantang nampak..hehehe. Berhampiran meja buffet orang kuat KTI, Syeikh Al-Marwah sedang khusyuk menjamu selera.


Greg, His Daughter, Akhi Rahim, Frizdan, Zhafran


”Boleh ana duduk sini?”, ana menyapa seorang tetamu. Nampaknya rancak berbual dengan akhi Rahim tadi. ”Silalah”, dia spontan menjawab. Setelah berbual beberapa minit, sahabat tadi memperkenalkan dirinya sebagai Frizdan. Oo..frizdan rupanya. Seperti yang sahabat sedia maklum, Frizdan banyak terlibat dalam produce lagu-lagu inteam. Antaranya ialah lagu Pemergianmu dan Detik Kematian. Pegh...best kan lagu-lagu tu? Yang duduk semeja dengan ana juga antaranya ialah Akhi Rahim dan Saudara Greg Syafiq Henderson. Greg merupakan sound engineer yang terkenal di Malaysia. Seorang muallaf yang berasal dari Australia. Beliau biasanya bertanggungjawab dalam proses mixing lagu-lagu inteam ni. Hmm..bagus orangnya. Mesra dan mudah didekati.


Seusai selesai agenda jamuan, ana pun meneruskan misi. Dengan lagak seorang wartawan, ana bersiar-siar di sekitar pejabat inteam. Ya..dari tingkat satu hinggalah ke tingkat kedua, imej diabadikan menerusi lensa Canon IXUS. Inilah hasilnya;



Lobi IRSB

Studio IRSB

Berangan jadi Sound Engineer...Hehehe


Tangga ke tingkat dua dan Pejabat Eksekutif


Pejabat Eksekutif dan Receptionist

Bilik Mesyuarat dan Sofa baru...hehehe


“Abang Fairus, tolong ambik gambar ana”, ana meminta tolong. Tertarik dengan satu sudut dihadapan pejabat yang menghimpunkan perkusi-perkusi yang biasa digunakan dalam nasyid. Nah...abang Fairuz pun tidak mensia-siakan bakat jurukamera yang dimilikinya. Dengan manipulasi ruang dan sudut, terciptalah sebuah lagi karya seni beliau. Hehehe..jangan marah abang Fairus.


Abg Fairus Masterpiece


bersama Abg Ito


Apa pun, tahniah ana ucapkan buat semua warga kerja Inteam Records Sdn. Bhd. Semoga terus cemerlang dalam menghasilkan produk-produk edutainment berkualiti.

Thursday, December 11, 2008

USRAH DAN AIDILADHA 1429H

Aidiladha 1429H kali ini diraikan di Tanjong Karang, Rasanya dah lama juga ana terlepas meraikan Hari Raya Haji di kampung kerana merantau di negeri orang sebelum ini. Namun, cuti kali ini tidak dilepaskan. Walaupun hanya satu hari, namun sangat rugi jika peluang bersama keluarga dilepaskan begitu sahaja.


Pagi raya dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid. Selepas mengisi perut di rumah, kerja-kerja ‘membedah lembu’ di surau kariah dijalankan. Meriah sungguh kerja-kerja mengorbankan lembu. Walaupun kepenatan melapah, namun ukhuwwah dan gurauan bersahaja di kalangan penduduk taman menghilangkan rasa itu. Begitulah syumul dan indahnya Islam, keperluan bersosial cukup dititik beratkan sama ada kita sedar ataupun tidak.



Selepas selesai mengorbankan lembu di surau, ana pulang ke rumah. Kini, tiba masa untuk keluarga ataupun dalam bahasa arabnya usrah. Ana meluangkan masa untuk anak-anak saudara. Saat-saat yang sungguh bermakna dan membekas di kalbu.




Selepas zuhur, kami diziarahi pengantin baru, siapa lagi kalau bukan Roslizal dan Atiqah. Mengukuhkan ikatan silaturrahim yang baru terjalin lebih kurang dua hari. Selepas Asar kami diziarahi pula oleh keluarga pakcik sebelah abah yang lebih mesra dengan panggilan Paman Yaya. Banyak cerita yang dikongsi bersama.



Menjelang malam pula, ana mengetuai acara bermain bunga api bersama-sama anak saudara. Yay! Pak Teh! Jomla main bunga api. Anak-anak saudara ana separuh menjerit. Puas melayan karenah mereka. Pak Teh! Nak jalan-jalan naik motor. Kakak tak pernah naik lagi, Durrah separuh menjerit. Hmm..nampaknya kena adil la pada semua. Masing-masing menuntut keadilan umpama berada di mahkamah.



Usrah dalam gerakan Islam


Usrah ataupun keluarga dalam gerakan Islam merupakan institusi asas dalam tarbiyah buat ahli-ahli gerakan Islam. Kebelakangan ini, institusi ini dilihat masih lemah dan belum mampu menjalankan fungsi asasnya iaitu TARBIYAH. Natijahnya, ahli-ahli gerakan terus lesu dan lemah dibuai angan-angan masing-masing, Inginkan hasil yang besar dan cepat, namun hanya duduk diam tanpa usaha yang mantap.



Seperti namanya sendiri iaitu Usrah yang bermaksud keluarga, institusi ini perlu bergerak dengan lebih kreatif dan dinamik. Keperluan ahli usrah ataupun ahli keluarga perlu diambil kira dalam menjalankan modus operandi usrah itu sendiri. Jika tidak, perjalanan usrah itu sendiri akan terus ditakuk lama dan hasilnya juga tidak mampu berkembang.



Apa yang kita harapkan daripada kaedah usrah 20 tahun yang lepas? Kini, masa bergerak pantas. Siapa yang lambat akan ketinggalan. Ketinggalan dari segi maklumat, berita, isu dan tindakan. Ana tidak menafikan akan pengisian asas usrah yang perlu dikekalkan dan ditekankan. Namun dalam menghadapi kepelbagaian ahli dalam gerakan Islam, suatu kaedah ataupun pendekatan perlu difikirkan agar institusi ini terus berkembang seiring dengan masa dan keperluan.