>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Walimatul Urus. Show all posts
Showing posts with label Walimatul Urus. Show all posts

Monday, July 20, 2009

ENTRY YANG TERTINGGAL



Entry ini sepatutnya diterbitkan lebih awal. Sebulan lebih usia cerita ini. Namun, atas kelemahana ana, entry yang telah dirancang untuk diterbitkan lebih awal tertinggal dari senarai entry baru-baru ini. Pada tarikh 15 Jun 2009, Jumaat, sehari sebelum wedding syazwani, hari jumaat malam, satu pertemuan dengan sahabat lama ana, khairil anuar halil telah dirancang. Kami telah mengatur pertemuan di Sekinchan.



khairil anuar halil aka nuar adalah sahabat kamcheng ana di kolej matrikulasi melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada JPP (Jawatankuasa Pemimpin Pelajar) pada masa itu. Beliau berasal dari Kuala Selangor. Hmm...terlalu banyak perkara yang kami bualkan pada malam itu. Bertemankan lampu kelam di restoran tom yam bersebelahan petronas sekinchan, ukhuwwah bertaut kembali. Nuar kini bekerja di Bernam Ulu, di estet United Plantation kalau tak silap ana.

Bercerita tentang KMM, teringat ana akan sahabat ana yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya iaitu saudara Nasrul hadi Johari dengan saudari Syifak. Beliau merupakan Pengerusi JPP KMM. sahabat baik gak tu. Orang Ganu de. Siap ada wedding page lagi tu. mantop! He2!



He2. Ana sebenarnya agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan nasrul hadi. Hal ini disebabkan tanggungjawab dan amanah kerja yang tidak dapat tidak perlu dilaksanakan demi mencari rezeki. Maklumlah, dah termasuk dalam golongan bekerja. Kena la bekerja ye tak.

Ana berdoa agar ikatan persahabatan antara ana dan sahabat-sahabat lama akan terus berkekalan begitu jua ikatan perkahwinan nasrul hadi dan pasangannya, insya Allah.

Wednesday, July 1, 2009

PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA



Tiba sahaja di depan rumah member ana, syazwani mahyudin, kelihatan beberapa petugas unit amal setia mengawal lalu lintas di perkarangan rumahnya. "Fuh!, setia betul unit amal bertugas di terik panas ini", hati ini berbicara. Tahniah buat petugas unit amal yang setia dengan tugas mereka.

Sebenarnya, ana menghadiri walimah member sekolah rendah ana, sekolah kebangsaan parit empat. Syazwani. Hmm...dah lama tak jumpa member2 seangkatan sekolah rendah dulu. Hajat di hati ingin berjumpa dengan kawan2 lama di sekolah rendah dahulu.



Dengan tidak di sangka-sangka, ana terlihat sesusuk tubuh yang sangat dikenali di ruang buffet makanan lelaki. Ya Allah! Hadi Salihin aka Boon rupanya. Patutla Boon ada, Awin pun datang gak. Yela, Boon dan Awin kan dah kawin. Mestila bersama-sama ye tak. hehehe. Untuk pengetahun Awin merupakan schoolmate (primary & Secondary) dan Boon merupakan schoolmate & classmate (secondary). Hmm...kecik je dunia ni kan.

Well, kami berbual-bual tentang perkembangan diri dan kawan-kawan. Hmm, macam2 cite yang kami bualkan. Rase tak cukup je masa nak bersembang dengan Boon ni. hahaha. Maklumlah, berbual dengan seorang cikgu fizik yang dah jadi hakim kawad kaki pengakap sebaris dengan cikgu Fairol kan. hahahaha.



Hmm, ada gak jumpa sorang kawan sekolah rendah iaitu Juliana. Dia pun dah bertunang. Tak tau la plak bile nak kahwin.



Akhirnya, ana berpeluang berjumpa dan bergambar bersama dengan pengantin (Syazwani & husband). Bergambar dengan mak ana gak skali. ha, untuk pengetahuan, kami dulu sekelas time skolah rendah dan mak ana merupakan teacher Syazwani. Hmm..what a Life!



Akhirnya ana mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dunia akhirat hendaknya. Adios!!!

MY BEST FRIEND'S WEDDING

6 haribulan 6 tahun 2009 merupakan tarikh keramat bagi kawan baik ana, nurul hana kamaruzaman kerana pada tarikh tersebut beliau menamatkan zaman bujangnya bersama insan tersayang, saudara Luqman. bertempat di Taman Meru, Ipoh. Ana bersama beberapa kawan-kawan maverick9802 terlebih dahulu merancang perjalanan ke Ipoh bagi membolehkan kami semua menghadiri majlis tersebut.

Bagi kawan-kawan berjantina lelaki, hanya 2 orang sahaja, huhuhu. Ana dan Sufian.



Kawan-kawan perempuan pula terdiri daripada Suri Fitriah selaku tuan punya kereta (Thanx suri), Najihah, Norafifah dan Azliza. Well, Norasyikin datang gak, tapi dengan family die. Rumah die kat Ipoh kan.



Adunan dan rona warna keemasan (gold) menyerlahkan lagi kejelitaan pengantin perempuan dan ketampanan pengantin lelaki. Bagaikan raja dan permaisuri yang bersemayam di atas pelamin yang cukup indah dihiasi bunga mawar tanda mekarnya cinta di hati (Pegh, ni ayat rancangan nona tv3 ni, kikiki).



Akhirnya, ana mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat pengantin. Semoga tenang melayari bahtera rumahtangga yang penuh dengan mehnah dan tribulasi dunia. Semoga sukses dunia akhirat sahabatku. Bila cinta bertasbih...



Friday, June 12, 2009

AZLIANI WEDDING



16 Mei 2009 merupakan hari bersejarah buat pasangan Nur Azliani dan Ahmad Shahbi di mana kedua mempelai mula mematerai janji sebagi suami isteri. Majlis yang sederhana dan penuh bermakna itu dilangsungkan di Dewan Utama, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

Azliani merupakan ex-kusessian batch 9903. Hmm..so tak berapa nak jumpe la kan batch 9802 (my batch). Hmm, walau bagaimanapun, suatu kejutan menanti di sana. Pertemuan yang tidak di sangka-sangka dengan abang Farid Izmeer (batch 9600). Beliau merupakan antara senior yang rapat dengan ana sebab beliau merupakan antara anggota nasyid Zaufan yang MANTOP. hehehe.



Ana mendoakan kesejahteraan buat pasangan yang selamat diijabkabul dengan ucapan Semoga berbahagia di dunia sampai akhirat.

Wednesday, May 13, 2009

BOON WEDDING



Balik je dari family day, ana gi wedding boon dan awin. 22 Mac 2009. Boon classmate time kat kusess. awin classmate since primary school lagi. Kira diorang ni bercinta kat sekolah la. Majlis ni buat kat UM tu. kire cam reunion yang grand gak la bagi batch 9802 KUSESS. apa2 pun semoga bahagia hingga selama-lamanya, Insya Allah. Bila la ana nak kahwin ni...



NORSHAIDA WEDDING



Tanggal 14 Mac 2009. Ana menghadiri perkahwinan sahabat lama di UMS. Memang meriah gila, ala-ala reunion gitu. Tahniah buat shai dan suami, risman. Semoga berbahagi hingga ke akhir hayat, Insya Allah.





Saturday, December 27, 2008

ZIARAH KE BANTING

Cuti 25 Disember 2008 tidak ana sia-siakan. Kebetulan, RAIS Seumur Hidup PJ7 bersama kami, maka seharusnya peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Kami merancang untuk menziarahi Saudara Firdaus dan isteri di Banting. Saudari Aidatul Aqma baru sahaja melahirkan anak sulungnya pada 20 Disember 2008 yang lepas.



Pada jam 8.00 pagi, ana Zaidin dan Hasnur ke UKM, Bangi untuk memulangan kereta sahabat ana, saudara Shahril. Setibanya kami di Kolej Keris Mas, kami mengetuk pintu bilik Shahril. “Assalamualaikum!”, kami separuh menjerit. Pintu dibuka. Shah baru terbangun. “Waalaikumussalam, sorila ngantuk sangat.” Ana memahami. Shah baru sahaja pulang dari Kedah, tentu sahaja penatnya masih belum hilang.

Setelah Shah bersiap-siap, kami keluar untuk bersarapan. Sambil memperkenalkan Shah kepada Hasnur dan Zaidin, kami berbincang tentang perancangan hari itu. Sebetulnya, Saudara Shah ingin pulang ke kampungya, Melaka selepas Solat Zohor. Namun, setelah mendengar perancangan kami yang ingin ke Low Yat dan Banting, Shah menawarkan diri untuk menggunakan Kelisanya. Pucuk dicita, Ulam mendatang. Kami menyambut baik kemurahan hati Shah itu. Maka perjalanan dimulakan.





Pada mulanya, kami terpaksa berpatah balik ke Cheras dan pulang semula ke Bangi untuk memulangkan motosikal Kak Lin di Apartmen Seri Cempaka. Selepas itu kami bertolak ke Low Yat. Jalan menuju Ibu Negara agak sesak terutamanya jalan menuju ke Jalan Pudu dan Times Square. Namun, dengan pengetahuan Shah yang agak mantap berkaitan jalan sekitar ibu kota, kami tiba di Low Yat dengan jayanya. Kami solat Zohor di Sungei Wang. Setelah menunaikan hajat untuk membeli komputer riba sahabat ana dan telefon bimbit Zaidin, kami menuju ke KL Sentral untuk memberi komputer riba yang dipesan oleh sahabat ana. Selepas itu, kami menuju ke Banting melalui Lebuhraya Persekutuan.




Kami singgah Solat Asar di Shell Subang. Seusai Solat Asar, kelihatan Shah mengelap cermin Kelisanya dan aksi-aksi lucu ini sempat dirakamkan menerusi lensa Canon IXUS ini. Perjalanan memakan masa hampir sejam. Kami tiba di Banting pada jam 6.20 petang. Alhamdulillah, rumah mertua Firdaus mudah dicari berdasarkan pengalaman ana mengahadiri walimahnya kali yang lepas.




Setibanya di rumah, kami disambut oleh Firdaus, Ibu mertua, dan ipar duainya. Kelihatan susuk tubuh kecil di ruang tamu. Subhanallah, seorang anak kecil sedang lena. Tentulah si anak ini yang merupakan ahli baru dalam keluarga. ”Siapa namanya Syeikh?”. ana bertanya. ”Asma’ ”, Firdaus menjawab. ”Asma’ je?”, ana bertanya lagi memastikan. ”Ya, buat apa panjang-panjang, nanti panggil macam tu juga”, Firdaus merasionalkan hujahnya. ”Ana tanya pendapat Ustaz Sattar dan Ustaz Hafiz”, Firdaus menerangkan lagi. ”Betul tu, nanti senang nak isi borang OMR”, ana menambah. Spontan kesemua ketawa.





Kami semua berbual panjang. Tiba waktu maghrib, kami semua solat berjamaah di Surau berhampiran. Seusai Solat maghrib, kami dijamu makan malam Istimewa oleh keluarga Firdaus dan Intan. Pegh...menu makan malam sememangnya menggegarkan pihak lawan.
Asam pedas, tempe, telur dadar, ayam goreng dan sayur cambur. Berselera sungguh hingga menambah nasi. Al-maklumlah, bukan selalu ke Banting, hehehe. Selesai menjamu selera, kami menunggu bapa mertua Firdaus, pulang dari surau. Sambil menunggu, ibu mertuanya melayan kami berbual. Dari isu pekerjaan hingga isu rumahtangga, kesemuanya bijak dicungkil olehnya. Antara insan yang ter’kantoi’ adalah syeikh hasnur, hehehe…jangan marah. Ada juga sahabat yang puas diusik kerana menyuarakan kebimbangan ketinggalan komuter...nak tahu siapa? tanya la Daus, huhuhu.


Lebih kurang jam 9.50 malam, kami beransur pulang dari rumah Syeikh Firdaus. Setelah menghantar sahabat yang berkenaan ke stesen komuter Shah Alam, Shah menghantar kami ke Cheras. Shah pulang sendirian ke UKM, Bangi. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat ana, Saudara Shahril yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaganya buat kami. Hanya Allah yang mampu membalas budimu kerana Dialah pemilik segalanya.


Buat Firdaus dan Aqma, Tahniah ana ucapkan atas kelahiran puteri sulung, Asma’. Semoga berbahagia dalam melayari bahtera rumahtangga, Insya Allah.

Thursday, December 11, 2008

MY COUSIN'S WEDDING

Dua hari sebelum Hari Raya Aidiladha (6 Disember 2008) telah berlangsungnya majlis pernikahan dan walimatul urus sepupu ana sebelah mak yang berasal dari Kuala Kangsar Perak. Roslizal ataupun lebih mesra dengan panggilan Mat bertemu jodoh dengan Atiqah yang berasal dari Meru, Klang. Majlis dimulai dengan upacara pernikahan di rumah pengantin perempuan di Jalan Kopi, Meru Klang.



Alhamdulillah, upacara pernikahan berjalan lancar. Roslizal mengatur bicara lancar ‘Aku Terima Nikahnya’ hanya dengan satu lafaz. Sebenarnya tak kisahla berapa lafaz pun, yang penting selamat diijab kabulkan. Orang Melayu kita yang kadang-kadang menjadikan isu remeh seperti sesuatu yang besar sedangkan Islam itu mudah.


Pengantin lelaki menyerahkan maskahwin kepada Pengantin perempuan


Hantaran Pengantin lelaki dan Pengantin perempuan

Dengan terungkapnya lafaz itu, maka dua jiwa menjadi satu. Dua keluarga bersaudara dan bermulalah suatu fasa kehidupan yang perlu dikongsi bersama.



Pada majlis tersebut juga rindu ana dilepaskan. Adik kepada pengantin lelaki, Azlizal ataupun lebih mesra dengan panggilan TJ semestinya hadir. Sepupu ana yang sebaya. Setelah hampir beberapa tahun tidak bersua muka, akhirnya di majlis ini kami dipertemukan. Sudah tentu banyak kisah suka dan duka yang dikongsi bersama.

Semurni sebuah ikatan perkahwinan, semurni itulah juga doa ini. Semoga perkahwinan yang dibina beroleh mawaddah dan rahmah yang diimpikan oleh setiap insan.



SELAMAT PENGANTIN BARU
ROSLIZAL & ATIQAH