>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Monday, September 29, 2008

Saifulislam.Com di BLOG RTM1

Alhamdulillah, rancangan BLOG di RTM1 telah menjemput saya untuk bersumbangsaran pada siaran 28 Ramadhan 1429H / 28 September 2008. Ia merupakan satu peluang baru untuk saya meneroka medan memberi dengan capaian yang lebih luas.

Siaran bersama saya dipengerusikan oleh Dato’ Chamil Wariya, seorang tokoh wartawan yang sangat prolifik dan berpengalaman luas.

“Hah, Hasrizal, Abu Saif, Saifulislam… apa wajah sebenarnya!”, sergah beliau semasa saya dan Ummu Saif bersantai di perkarangan Foyer Wisma TV, Angkasapuri bersama Encik Hasshim Abu Hanifah yang juga penerbit kepada rancangan ini.

Perbualan sekitar 10 minit itu sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada saya tentang isu-isu yang bakal diperkatakan secara live di televisyen sebentar kemudian. Saya mengagumi usaha persiapan Dato’ Chamil Wariya yang teliti menganalisa blog saifulislam.com ini, hingga kepada perkara-perkara kecil yang mungkin jarang dipedulikan oleh pengunjung lain. Persis seorang wartawan profesional yang menghargai setiap perkara kecil sebagai titik harga kepada maklumat dan penyampaian.

BLOG adalah rancangan yang berbeza daripada segmen Islam Hadhari di dalam Selamat Pagi Malaysia yang sering menjemput saya kerana program ini kasual, sama ada pakaiannya, mahu pun bahasa dan gaya soal jawabnya. Mood kasual menjadikan segmen lebih hidup, malah sesuai dengan blog saifulislam.com sendiri yang mengekalkan mood yang sama.


Bersama Encik Hasshim(Moderator dan Penerbit), Dato’ Chamil Wariya dan Encik Zaki (Pengarah) selepas siaran BLOG di RTM1

Secara peribadi, mungkin point terpenting yang saya syukuri kerana berpeluang menyatakannya adalah soal sekatan dan kawalan yang menjadi soalan tetap setiap minggu!

“Kita boleh berbeza pandangan di dalam masalah politik, akademik dan lain-lain tetapi kita tidak boleh berbeza pendapat di dalam soal AKHLAQ. Saya menerima keperluan penguatkuasaan, namun ia harus didahului dengan pendidikan dan peluang menyatakan pandangan juga maklum balas. Kawalan dan etika ke atas diri saya semasa berblog ialah etika yang sama di dalam kehidupan di luar blog iaitulah, beribadah kepada Allah seperti melihat-Nya, atau sekurang-kurangnya merasakan bahawa Allah melihat kita…”

Banyak soalan yang disediakan dan sebahagian besarnya berjaya dimuatkan dalam tempoh 20 minit itu, namun kejutan terbesarnya ialah apabila saya ‘dianugerahkan’ gelaran DATO’ di hujung rancangan! Penuh inbox telefon saya dengan mesej ‘tahniah’ di malam-malam akhi Ramadhan ini :-P

Syukur kepada Allah atas peluang memberi… tidak lupa kepada Ummu Saif yang setia meneman di sisi. Di sebalik saifulislam.com, ada ummusaif.com yang tersendiri…

Selamat menyambut Aidilfitri, semoga Allah menerima segala amalan kebajikan di sepanjang Ramadhan, ameen ya Rabb al-’Aalameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Friday, September 26, 2008

IFTHAR BERSAMA USTAZ NASHARUDDIN

Hari ini hari Khamis. Tanggal 25.9.2008 bersamaan 25 Ramadhan 1429H. ana dimaklumkan akan berlangsungnya Majlis Ifthar bersama Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertempat di Masjid Kg. Melayu Batu 16. Hmm..tak sabar rasanya nak pergi. Lepas habis keje je ana terus solat Asar dan bersiap-siap untuk bertolak. Ana memilih untuk menggunakan lebuhraya MRR II. Pegh..bleh tahan jugak jammed petang2 ni. Kereta pelbagai jenis bersusun bermula dari Ampang hinggalah ke Gombak. Mujurla naik motor. Menyelit la jawabnya. Namun, gerimis yang mengiringi perjalanan sedikit sebanyak memperlahankan kelajuan kuda tunggangan.


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke destinasi. Kelihatan beberapa AJK Masjid sedang menunggu tetamu jemputan. Hmm..cam kenal je Honda Civic ni. WPX 2780. Ini kereta Syeh Zaidi ni. Mane plak orangnye. Tak nampak pun. Hmm..misi mencari dijalankan. Kelihatan sesusuk tubuh sedang khusyuk membaca al-Quran. Wah..insaf ana tengok. Syeh Zaidi tunduk khusyuk,hehe. Assalamualaikum Syeh! Waalaikumussalam. Eh..bila enta sampai. Rindu yang menggamit diubat dengan perbualan singkat. Memori bersama sahabat-sahabat di kawasan Selayang berputar kembali. Eh..dah nak buka pose ni, jom kita ke depan.

Kami pun duduk di hamparan yang disediakan. Hmm, tazkirah dari Ustaz Nasharuddin Mat Isa sepatutnya dijadualkan sebelum berbuka puasa. Namun, dikhabarkan bahawa Ustaz terperangkap di dalam kesesakan. Hmm..standard la tu waktu2 camni. Hadirin masih menanti kedatangan Ustaz Nasha. Alhamdulillah, Ustaz Nasha selamat sampai. Betul2 waktu untuk berbuka puasa. Tidak lama kemudian Ustaz Fauzan tiba bersama Ustaz Zack. Seorang lagi sahabat perjuangan ana di Selayang. Gan Pei Nei dari PKR yang merupakan ADUN Rawang turut hadir bersama adiknya sebagai tanda sokongan. Sopan berbaju merah dan berselendang digayakan seperti tudung. Islam itu Universal.

Setelah selesai ifthar, kami Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Nasha. Selesai solat maghrib, santapan rohani disajikan. Tazkirah dari Ustaz Nasha. Ana sisipkan ringkasan tazkirah ini. Semoga ada manfaat buat semua;

Kita semua bakal menyambut Eidulfitri tidak lama lagi. Sudah menjadi suatu ibadah untuk kita melaungkan Takbir tatkala menyambut Eidulfitri tanda kemenangan kita bermujahadah dalam bulan Ramadhan. Mari kita menyingkap kembali sirah baginda Rasululullah S.A.W. Sejarah takbir ini dilaungkan adalah selepas Umat Islam berjaya menawan kota Makkah dalam peristiwa Fathu Makkah. Namun, mari kita muhasabah kembali pada Eidulfitri tahun ini. Atas kemenangan apakah kita bertakbir?

Kalau kita merujuk pada statistik gejala sosial dan jenayah, orang Melayu Islam lah yang menjuarai perkara-perkara tersebut. Penagih dadah, Rogol, Samun, Zina dan lain-lain. Jika boleh dibuat perumpamaan. Orang lain berebut-rebut menghantar anak mereka ke universiti, tetapi orang Melayu Islam kita ‘berebut-rebut’ menghantar anak mereka ke Pusat Serenti. Saya tidak menafikan jika ada dikalangan anda bertakbir meraikan kemenangan individu berjaya menempuh Ramadhan ini dengan baik. Namun, adakah kita telah beroleh kemenangan ummah? Apakah nasib umat islam sekarang khususnya di Malaysia ini?

Kita bisa sahaja membincangkan masalah ummah di Palestin, di Filipina, di Selatan Thailand dan di Afrika. Seperti mana maksud hadis; “Barangsiapa yang tidak prihatin (mengambil tahu) akan keadaan saudara mereka maka mereka bukanlah dari kalangan mereka.” Namun, di Malaysia juga, tidak kurang masalah umat islam yang semakin meruncing. Yang mana jika kita inginkan penyelesaian tidak lain tidak bukan hanyalah dengan Islam. Seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah;208

208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Jika kita betul-betul inginkan penyelesaian yang hakiki, maka tidak lain tidak bukan hendaklah kita mengambil Islam itu secara keseluruhan. Janganlah kita mengambil Islam secara berjuzuk-juzuk atau dalam erti kata lain hanya mengambil sesuatu yang dianggap bagus dan relevan sahaja oleh nafsu kita. Sedangkan Allah yang merupakan Raja segala Raja yang mencipta kita telah menyediakan panduan yang cukup lengkap dan cukup relevan buat manusia. Namun untuk menghuraikan secara terperinci berkenaan Islam secara keseluruhan itu saya kira tidaklah saya berkemampuan dalam masa yang singkat ini. Insya Allah jika ada kesempatan pada masa akan datang. –END-


Tazkirah Ustaz Nasha ditamatkan. Seusai majlis tazkirah ana menyapa Ustaz Nasha untuk bergambar bersamanya. Moga-moga semangat tokoh yang ikhlas memperjuangkan Islam ini sedikit sebanyak dapat mengalir ke tubuh insan yang dhaif ini. Ya Allah, istiqamahkanlah aku di jalan Mu.

Monday, September 22, 2008

3rd IFTHAR JAMA’IE KOMUNITI TEMAN INTEAM (KTI)



Alhamdulillah, dengan izin-Nya ana dapat menghadiri ifthar KTI bertempat di Restoran Puteri Sg. Penchala. Kemeriahannya telah mula dirasai seminggu sebelum program. Ahli-ahli KTI sibuk berforum di laman komuniti memperkatakan tentang program tersebut. Dan dengan asbab tersebutlah maka dengan izin Allah ana tergerak untuk menyertai program ini. Hmm, tahniah buat syeh Hilmi yang telah bertungkus lumus membuat persediaan program dan menyelesaikan masalah ahli komuniti, hehehe.

Mujur ada Syeh Hilmi untuk menjemput ana. Dalam jam 2.15 petang ana dijemput dengan Citra hitam. Pegh, ni syeh Hilmi ke, gaya otai je,hehe. Tapi gaya jela, jiwa tetap selembut alunan nasyid, hehehe. Selepas tu, kami menjemput Wan Maahad di MPI, ke UPM untuk ambil Nadirah n da geng serta El-Hijrah. Hmm, Kak Surita n da geng lambat. Cadangan untuk konvoi dari masjid UPM terpaksa dibatalkan. Kami terus bergerak ke UM untuk pick Yeopmie. Selepas solat di Masjid ar-Rahman, kami menuju ke Sg. Penchala. Syeh Hilmi menerima panggilan bantuan. Kak Surita n da geng sesat la plak.

Satu kat Bandar Sri Damansara dan satu lagi lepas tol sg Penchala. Setelah operasi menyelamat selesai, kami pun pegi la ke restoran puteri. Namun, kereta El-Hijrah hilang dari pandangan. Hmm, nampaknye Syeh Hilmi kene rescue lagi la, bagus syeh Hilmi, pakar dalam menyelesaikan masalah orang, konsultan la kate kan, J. Kami tiba di Restoran Puteri dalam pukul 5.40 petang la.

Selaku ahli KTI yang baru, ana pun bertaaruf la dengan sahabat2 KTI yang lain. Dengan AbuAfham (Husaini), Qausar (Azlan), Silantra (Aizat), Musaza, Nazri dan Ikmal. Dengan WanMahad, El-Hijrah n Yeopmi dah taaruf dalam perjalanan tadi. Hmm, nak dijadikan cerita tiba2 ade la sorang mamat ni sampai. Macam kenal je. Rupe2 nye Izny kawa ana kat KMM dulu. Rupa-rupanya Syeh Izny ni tak join KTI pun. Dia ikut sepupunya si Faizal. Kecik je kan Malaysia ni, Hehe.

Majlis dipengerusikan oleh abg Fairus, then abg Amin recite doa, abg Syah bagi ucapan, hmm sebab abg Zam belum sampai kot. Then Syeh Nordin (ex vokalis Raihan) bagi tazkirah. Selamba dan lawak jugak Syeh Nordin ni, huhu. Haa, satu fakta menarik dari tazkirah, Rasulullah S.A.W hanya meraikan Eidulfitri selama setengah hari. Haa, amacam, nak raye sampai 30 hari? Tepuk dada tanya iman.

Then, sementara tunggu buke pose, abg2 inteam buat show lagu Kemuliaan Ramadhan dan Ramadhan Dua Zaman. Yay! Ana suka sangat lagu Ramadhan Dua Zaman. Sangat best dan menginsafkan. Ana siap rakam lagi. Nanti kalau ada kesempatan ana upload kat youtube. Then kami berbuka secara ringan, solat maghrib dan ……faham2 jela. Makan berat balik, hehehe. Makanan bernilai RM45 tu. Bayar RM30. RM15 Inteam Records belanja. Pegh, bleh tahan menunya. Tapi tak sempat makan sate dah abes, hehe. Takpela. Takde rezeki.

Then, abg2 inteam bawak lagu Gema Mubarak, Salamun Salam dan Selawat. Selepas tu, ada surprise! Inteam Records meraikan hari lahir staff2 mereka yang jatuh dalam bulan Ramadhan. Syeh Rahim, abg Khairi, n Kak Natrah. Abg Amin n Abg Syah lead lagu Allah Selamatkan Kamu. Siap ade second ngan flat tu. Best gile,hehehe. Pastu, anak-anak yatim PERWANIDA Sentul dapat duit raya, sesi bergambar dan majlis tamat.

Ops, lupe plak, haa majlis ifthar ni dihadiri oleh artis2 popular yang lain gak. Untuk rekod, Restoran Puteri ini dimiliki oleh Rubiah Suparman. So, memandangkan restoran Puteri yang support makanan untuk anak2 yatim tu, ade gak la tetamu2 jemputan yang terdiri dari artis tanah air. Inteam pun tak sangka diorang datang. Erra Fazira, Deja Moss, Dafi, Adam etc. Hmm, ada yang tak kenal name nye.


Apa2 pun, yang paling BESTnye, ana dapat jume balik staff2 inteam records (abg Fairus, abg Khairi, Kak Aini, Kak Natrah, eh abg Ito takde ke ek?) dan of course la abang2 inteam. Hmm, lame dah tak beramah mesra dengan diorang. Dah beranak pinak dah, hehehe. Ana doakan semoga Inteam Records dan Islamic Media Edutainment terus maju dan terus giat menghasilkan karya2 dakwah kreatif yang berunsur hiburan dan pendidikan.
BitTaufiq WanNajah.

Tuesday, September 16, 2008

16 SEPT: KENYATAAN PENUH ANWAR

Sep 16, 08 4:13pm ; Malaysiakini.com

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Saturday, September 13, 2008

ANALISA FASA-FASA RAMADHAN (sambungan)




Berbalik kepada syarat mendapat pengampunan dari Allah iaitu bertaqwa. Bagaimana untuk beroleh TAQWA. Hal ini tidak dapat tidak perlu kepada menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai uswah ataupun qudwah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya;



31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Asbabun Nuzul ataupun sebab turunnya ayat ini berlaku di Madinah. Sewaktu nabi menjadi Ketua Negara Madinah, baginda bukan sahaja memerintah dengan saksama, malah giat menyeru kepada Islam. Namun, terdapat ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani yang berkata kepada Muhammad, “Wahai Muhammad, Engkau ingat engkau sahajakah yang mencintai Allah? Kami juga mencintai Allah.”Tetapi ahli kitab ini yang sebenarnya mengetahui akan kerasulan Nabi enggan menganut Islam. Maka turunlah ayat di atas yang menjawab persoalan tersebut.

Terdapat satu lagi peristiwa yang berlaku berkaitan TAQWA. Peristiwa ini mengambil tempat sewaktu pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Kota Makkah yang dipenuhi dengan berhala itu dibersihkan, maka Rasulullah S.A.W mengarahkan Bilal untuk naik ke atas Kaabah dan melaungkan azan. Namun, terdapat mereka yang cemburu dengan Bilal sehingga terkeluar kata-kata ini; “Di antara ramai umat Islam ini mengapalah si gagak hitam itu yang terpilih untuk melaungkan azan”. Gagak hitam itu merujuk kepada Bilal. Bilal sememangnya berketurunan Habsyi & berasal dari Eithopia.

Lalu turunlah firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;


13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Peristiwa ini menunjukkan betapa mulianya Bilal pada pandangan Allah. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Bilal pernah berjalan di hadapan Rasulullah. Sejurus selepas itu Rasulullah terus bertanya kepada Bilal, “Apakah amalanmu wahai Bilal?”. Bilal menjawab, “Sepanjang pengetahuan saya Rasulullah, tiada yang istimewa, cuma seingat saya, setiap kali saya berwudhu’ saya tidak akan lupa untuk menunaikan solat sunat dua rakaat, mengapa kau bertanya begitu Ya Rasulullah?”, Bilal bertanya. “Sewaktu kau berjalan di hadapanku tadi, aku dengar tapak kaki yang sama bunyinya dengan tapak kaki yang aku dengar di Syurga sewaktu aku di Mi’raj kan dahulu.”

Masya Allah. Betapa di dunia lagi sudah ditunjukkan tanda-tanda orang yang bertaqwa.

Selain itu, dalam bulan Ramadhan ini, kita dianjurkan untuk mengamalkan 4 perkara ini;

  1. Mengucapkan istighfar
  2. Mengucapkan Lailahaillallah
  3. Berdoa agar sentiasa dapat melakukan perkara yang mendapat Redha Allah dan mendapat syurga Allah.
  4. Berdoa agar sentiasa dapat menghindarkan perkara yang dimurkai Allah dan terlepas dari siksaan api neraka.

..........................................................................................................................................................................

“Halim, aku belum makan nasi lagi la”, ana mengadu pada Halim. “Oh.yeke, takpe nanti kite singgah la kat mane2”. Perjalanan kami pada malam itu berakhir di sebuah restoran. Dan buat kali pertama dalam hidup ana, sotong celup tepung menjadi hidangan sahur :)

ANALISA FASA-FASA RAMADHAN

“Zhafran, jangan lupa pukul 8 malam ni ek?”, Halim menyapa ana di surau. “Pukul 8 malam ni? Ade ape ek..”, ana termenung seketika. “Tazkirah Syeikh Abdullah Yasin kat Taman Seri Ukay kat Ampang”, Halim mengingatkan ana. Ingatan ana berputar pada dialog Faiz semalam. “Oh…ok2”. Satu lagi temujanji ilmu dalam diari hidup perlu dipenuhi. Kewajipan buat seantero umat Islam.

“Assalamualaikum warahmatullah”, solat terawih telah selesai. Ada yang bergegas pulang, ada yang bergegas mengambil catatan dan ada yang hanya duduk menanti. Menanti tazkirah dari Syeikh Abdullah Yasin. Tazkirah bermula. Mutiara-mutiara berharga mula menerpa telinga yang mendengar. Makanan otak mula dijamah. Santapan spiritual mula dicecah. Satu demi satu isi diproses melalui impuls yang dihantar oleh sistem saraf ke otak.

Berikut merupakan antara input yang diterima. Moga-moga ada manfaat.

..........................................................................................................................................................................

Seperti mana yang kita ketahui, sekarang kita berada pada hari ke 11 dan malam ke 12 Ramadhan. Kalau dirujuk pada fasa-fasa dalam bulan Ramadhan, kita telah memasuki fasa pertengahan Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Sepertimana dalam hadis, Ramadhan dapat dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa Rahmat, fasa Pengampunan dan fasa Pelepasan dari Api Neraka.

Namun persoalannya, adakah semua yang telah berpuasa melalui fasa pertama sehingga kini secara automatik mendapat Rahmat? Maka jawapannya adalah tidak. Hal ini disebabkan syarat untuk mendapat rahmat daripada Allah ada tiga iaitu:

1. Beriman 2. Berhijrah 3. Berjihad di jalan Allah.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah; 218,

218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Justeru muslim yang telah memenuhi syarat ini sahajalah yang mendapat Rahmat daripada Allah. Seterusnya mari kita menelusuri fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Sama seperti persoalan yang pertama, tidak kesemua umat Islam yang berpuasa layak mendapat pengampunan dari Allah s.w.t. Hanya mereka yang bertaqwa layak beroleh pengampunan dari Allah.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran; 133,


133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Dalam ayat ini, perkataan maghfirah dinyatakan dahulu sebelum jannah. Ini menunjukkan bahawa tanpa pengampunan dari Allah, janganlah harap beroleh syurga dari Nya. Mari kita lihat kaitan di antara maghfirah dan rahmat Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah menyatakan bahawa kita semua hanya dapat masuk ke dalam Syurga dengan Rahmat dari Nya. Ini menunjukkan kaitan yang cukup signifikan bagaimana rahmat dan maghfirah dari Allah membolehkan kita memperoleh syurga.


Mari kita beralih kepada satu doa dari Al-Quran yang cukup popular;


Imam Al-Qurtubi menafsirkan Hasanah fiddunia itu adalah berada di jalan yang lurus (Siratul Mustaqim) sewaktu di dunia. Jalan yang manakah yang dianggap lurus? Ia adalah jalan Allah dan jalan Rasul. Hal ini dijelaskan dalam Surah Yasin ayat 3, 4 dan 61..

Hasanah filakhirah pula ditafsirkan sebagai mendapat pengampunan dari Allah s.w.t. Tafsiran ini sekali lagi selari dengan ayat yang disebut sebelum ini. (2:218)

Bersambung....

Sunday, September 7, 2008

FASTING: STRONGER OR SLEEPIER?

“You neither eat nor drink the whole day?” Tan asked me.

“Yes. The whole day. But not at night. Only from dawn to sunset”, I replied.

“How can you survive? Can you survive?”, Tan asked again.

I smiled.

“Well, it’s not just you. Even Habib Bourguiba, the late President of Tunisia who was also a ‘Muslim’, convinced that fasting is against productivity. You know the history?”, I took my turn asking Tan my question.

180px-habibbourguiba.jpg
Habib Bourguiba

“How should I know? Tell me!”, he said.

In 1961, Habib Bourguiba made a controversial statement claiming that fasting should not be observed for it reduces productivity. He then appeared on television with his cabinet, eating and drinking during Ramadhan.

“Why so harsh?”, Tan was shocked.

“I don’t know. Was it out of ignorance or arrogance? Perhaps a combination of both”, I replied.

Even though fasting is there in the name of Lent among Christians, it is always the Muslim’s version that cultivates questions and debates.

In order to understand about the real meaning of fasting, one should agree that it has something to do with our own paradigm and world view. The way we view things; like I always quote, “what you see is what you get”.


VIEWING FASTING IN MANY WAYS

If you see fasting as a way for better diet, you will benefit that from fasting. But fasting will only be a mechanism of improving your diet.

If you see fasting as a way to save your daily expense by breaking your fast daily in the mosque, then you will be able to achieve that. But that’s it. No more than that.

If you see fasting as a way for you to gain reward or ‘pahala’ from Him, then it is a good motive and sound intention. But reward and pahala is something that you can hardly measure in this physical and worldly life. You don’t see someone obese out of pahala. It is something else!

And strangely, the last 10 days of Ramadhan are the most rewarded and full of pahala, but then you’ll see the mosques are empty.

So, what Ramadhan and fasting are all about?

If you see fasting as abstaining one from eating, drinking, having sexual intercourse during the daytime, and reducing the wrongdoings of backbiting what so ever… that is the definition of fasting. But it only explains the mechanism of fasting as ritual.

Let us take a look at the origin of Muslims’s version of fasting. Al-Quran says:

2_183.JPG
“O you who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become the people with the quality of Taqwa” (Al-Baqarah 2: 183)

Fasting is a mechanism to achieve Taqwa. You abstain yourself from eating and drinking, in order to achieve Taqwa. How is that?


TAQWA

Taqwa can be defined in many ways. But the conversation between Ubay bin Kaab and Umar al-Khattab was a good summary about the essence of Taqwa. Once, Umar asked Ubay what he knows about Taqwa. Ubay replied by asking him, “Have you walked through thorny path?”

Umar answered, “Yes, indeed”

Ubay then asked him, “What did you do?”

Umar replied, “I tucked up (my garment) and did my best (to avoid thorns)”

Thereupon Ubay said, “That is Taqwa!”

Our life is a journey. Like someone who is driving from a place to another. Throughout the journey, he will meet many road signs that might instruct him to do against his will. He wants to drive at full speed, but a sign says, “No, the limit is only 80km/h”.

He wants to arrive as early as possible but suddenly a red light instructs him to stop and let others move first.

Someone who is wise and on top of his rational thinking, would never ever see all the road signs as challenge to his right exercising his freedom. The truth is, the road signs are there to help him achieve safety throughout the journey until he reaches the destination.

The same thing applied to our big picture of this life. Do’s and don’ts of Islam are not the obstruction and challenge to the access of his freedom of choice. They come from the Creator who knows better what is good and what is bad in this life. They are there for our safety, peace and harmony.

Someone who has the quality of Taqwa will take his journey like someone who walks through thorny path. He is a person with a full of consciousness about what is good and what is bad around him. He must also have a good self control, like a person who is good in controlling his car steering.

This is the essence of fasting. You learn to exercise your self control.

hungry.gifa


SELF CONTROL

If someone does not take his lunch because there is nothing to eat, then it causes him tiredness and anger.

But a believer who chooses not to eat while he has everything to do so, for the sake of obeying his Lord, then he is exercising his ability to control himself against some of his desire.

You can eat, but you don’t eat. You can drink, but you learn not to drink, so that you can tell yourself that you are a proactive person. Not a reactive one.

A reactive person will get mad when something stimulates him to anger. He will be sad and out of control when something causes him sadness.

He has no ‘pause’ button. He has no ability to control himself to choose a better reaction. His actions are determined by things around him. He is not the one who controls himself. He is occupied by others. He is under the real occupation of others.

A Muslim is not an effective Muslim if he does not have a control over his own actions. He must be a proactive Muslim.

Return back you self control… you are the strongest!

Fasting makes us stronger, if we correct the way we view it.

Fasting is 30 days intensive training course for the 7 Habits of Highly Effective Muslim.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday, September 1, 2008

MEDEKAKAH AKU?

“Pak Teh, nak jalan-jalan”, anak-anak saudara ana memujuk. Seperti biasa, kampung di Tg Karang akan meriah pada waktu-waktu cuti am atau hujung minggu. Tidak terkecuali Cuti Hari Kebangsaan bagi tahun ini. Petang 31 Ogos 2008, ana menunggang motor dibonceng Wawa dan Durrah. Fikiran ini menerawang sambil panca indera menikmati indahnya panorama alam dan sayupnya angin petang.

“Merdeka!, Merdeka!”, sekumpulan kanak-kanak separuh menjerit. Bebekalkan beberapa jalur gemilang dan basikal, sekumpulan kanak-kanak berhampiran rumah ana berlegar-legar ‘tunjuk perasaan’ mereka. Ana memberhentikan motosikal. “Dik, abang nak tangkap gambar boleh?”, ana menawarkan perkhidmatan. “Eh, boleh bang, Wei, abang tu nak tangkap gambar, mai sini, kita posing, pegang bendera sekali ni”, seorang anak yang paling besar memberitahu kawan-kawannya. Mungkin dialah yang mengetuai ‘tunjuk perasaan’ itu.

Ana mengabadikan saat-saat itu di dalam kamera telefon Sony Ericsson. “Semangat betul budak-budak ni”, hati ana mencatur. Tetapi ada dua kemungkinan semangat. Pertama, semangat asli kemerdekaan. Kedua, semangat meraikan kemerdekaan. Dua perkara yang mungkin kelihataannya sama, namun terdapat garis pemisahnya. Kalau setakat hendak meraikan kemerdekaan, tetapi sampah pun tidak tahu nak buang ke mana, apa ertinya merdeka? (petikan kata-kata dari temuramah laporan berita RTM 1 pada 31 Ogos 2008).

Persoalannya, tahukah anak-anak ini tentang kemerdekaan? Sejarahnya. Siapakah pejuangnya. Dan yang paling penting bagaimanakah kemerdekaan ini dapat dikekalkan dan diisi dengan makna kemerdekaan yang hakiki? Soalan-soalan ini penting untuk menilai sejauh mana anak-anak ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah hadam tentang makna kemerdekaan itu sendiri.

Anak-anak ini mungkin bangga mengibarkan jalur gemilang mereka. Namun, sedarkah mereka tentang jalur-jalur maksiat, hedonisme dan sekularisme yang semakin mendarah daging dalam bangsa mereka? Anak-anak ini mungkin boleh berbangga melaungkan MERDEKA bersama kawan-kawan mereka. Namun, sedarkah mereka bahawa anak-anak muda remaja yang mungkin abang-abang dan kakak-kakak mereka sendiri semakin terjajah dengan budaya-budaya negatif seperti pergaulan bebas dan ketagihan dadah.

Inikah yang kita maksudkan dengan MERDEKA?

Di sebalik kemelut masalah yang sedang melanda kini, umat Islam khusunya telah mengalami krisis keyakinan terhadap Deen (agama) yang mereka anuti sendiri. Mereka masih ragu-ragu bahawa satu-satunya penyelesaian terhadap masalah-masalah ini ialah ISLAM. Jika Al-Quran dan Sunnah dikesampingkan, maka tunggulah saat-saat kehancuran dan kebinasaan..

Sebarang komen, teguran dan pembaikan artikel-artikel blog ini amatlah dialu-alukan.
Nazrey Al-Faruq, September 2008
zhafran-alfaruq.blogspot.com