>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA 2009



Sebuah konsert yang sangat menghiburkan, informatif dan tidak stereotype. Malah, ana merasakan elemen-elemen nostalgia yang disuntik dalam pengisian konsert menjadikan pengisian yang secukup rasa.


Dirasmikan oleh Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ternyata pengisian konsert ini sendiri mendapat restu dari Tuan Guru. Tuan Guru sendiri dalam ucapan perasmiannya menyampaikan beberapa pantun berbentuk sinikal dan sarat dengan mesej. Berikut merupakan pautan teks ucapan tok guru pada konsert tersebut.




Ana sendiri merupakan hardcore nasyid. Konsert yang menggabungkan 4 gergasi nasyid iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Shoutul Harokah pastinya menjanjikan sesuatu yang mantop! Jadi, secara keseluruhannya ana boleh memberi 4 setengah bintang pada konsert ini. tahniah ana ucapkan buat GAMIS dan Rabbani Production yang bertungkus lumus menjayakan konsert antara dunia ini. Semoga Islam terus dijadikan cara hidup sekalipun dalam hiburan. Ameen.





SEKITAR DEMONSTRASI MANSUHKAN ISA


Sekitar Demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 yang lalu.


Ini merupakan kelongsong gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU. Ternyata jarak tembakan boleh mencecah 450 kaki.





Allah itu adil. Semoga puak yang berlaku zalim akan mendapat balasan dari Allah S.W.T.
Wallahualam.

LIQA' MINI PJ7 II + PJ JUNIOR?



Alhamdulillah, sebuah lagi pertemuan dengan sahabat seperjuangan di UMS dahulu berlangsung dengan jayanya tanggal 26.7.09. Hmm..ini bukan kali pertama LIQA' MINI PJ7 berlaku. Kali ini, ada dikhabarkan sahabat ana, nun jauh dari Tawau, Sabah ingin bertandang di Kuala Lumpur. Siapa lagi kalau bukan insan kontroversi saudara seislamku Burhanuddin bin Sirajuddin.



Burhan atau panggilan manjanya Bubu datang sebagai Guru pengiring pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Maluri, Kuala Lumpur. Pegh..kira sekolahnya jadi wakil Sabah la. Kelas gitu. He2. Beliau bukan berseorangan. malahan ditemani jurulatih nasyid berbakat saudara Sabahrullah, my junior in UMS and Bubu punya anak didik bah. Memang mantap dua-dua orang ni bila bercakap. he2. Jangan mara.



Kami berjumpa di Old Town White Coffee berhampiran penginapan mereka iaitu Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Hmm..banyak juga perkara dibincangkan. Sekitar perkembangan hidup masing-masing setelah bekerja dan perkembangan adik-adik di kampus. Dapat disimpulkan bahawa kampus sekarang ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan dari segenap segi. Agak menyedihkan. Walau pahit untuk ditelan, tapi telanlah kerana ubat itu pahit.



Setelah menghirup kopi putih barang segelas disulami dengan makanan ringan, ana mengundur diri meminta pulang. Esok nak kerja. Nanti lambat sangat pula sampai di rumah. Jangan diucap selamat tinggal. Ucaplah Semoga berjumpa lagi, jika tidak di dunia, di alam Baqa', Insya Allah.

Tuesday, August 11, 2009

LIQA' DPPNS


Pulang dari Tanjong Malim, ana bersedia untuk agenda seterusnya. Liqa' bersama barisan pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Liqa' diadakan dalam bentuk yang santai tanpa aturcara yang terlalu formal. Selari dengan objektif yang ingin dicapai, mengukuhkah ikatan silaturahim di antara pemuda negeri dan kawasan dan dalam masa yang sama mewujudkan wihadtul fikrah dan kemuncaknya wihdatul amal.



Liqa' diadakan di MTD Rawang. Jamuan yang menarik untuk Liqa' yang simple. Satay. Pegh...sedap tu. Alhamdulillah.


Harapannya, pimpinan sesi ini mampu merealisasikan objektif jamaah islam PAS supaya ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. Takbir!

Friday, December 26, 2008

LIQA' MINI PJ7

Sudah lama rasanya ana menghubungi saudara hasnur, RAIS Seumur hidup PJ7 untuk bersua muka melepaskan rindu. Kebetulan beliau sedang cuti semester dan menetap di rumah kakaknya di Damansara. Jadi, mudahlah bagi pertemian diatur jika jaraknya masih dalam lingkungan lembah klang. Alhamdulillah, akhirnya hasrat ana tercapai dengan kesudian beliau untuk bertandang pada 24 Disember 2008.

“Salam syeh, ana dah sampai ni”, hasnur menelefon ana. “Ok2x, dalam 15 minit lagi ana sampai. Hasnur tiba di stesen LRT Tasik Selatan dari Puduraya. Dengan menggunakan kuda perang hijau, ana memecut (taklah laju sangat,hehehe). Namun, Hasnur agak cuak dengan kelajuan kuda perang ini. Mungkin kerana tempat duduknya yang agak tinggi.



Tiba di rumah, kami mula berbual. Tiada apa yang nak dijamu pada tetamu ini. Yang ada hanyalah asikrim keladi. “bolehlah”, getus hati ini. Berbekalkan aiskrim keladi, kami bersantai di balkoni rumah dan memulakan bicara. Darihal khabar empunya diri hinggalah khabar adik-adik di kampus, kesemuanya dicungkil satu persatu. “Syeikh, Zaidin dok mana?”. Hasnur bertanya. “Oh, Zaidin duduk tower 9, yang ana dok ni tower 10”, ana membalas.

Seusai solat maghrib, ana merancang sebuah makan malam di restoran Village View di Bangi bersama Zaidin. Selepas berkumpul di bawah tower, kami solat Isya’ di surau berhampiran dan memulakan perjalanan. Tiba di Bangi, kelihatan restoran agak sesak dengan pelanggan. Mungkin kerana sambutan Hari Natal barangkali. Setelah menu dipesan, kami pun meneruskan agenda muzakarah.



Perbincangan lebih banyak berkisar perkembangan tarbiah kampus dan tarbiah dunia pekerjaan. Maklumlah, Hasnur juga merupakan “orang kuat Tarbiyah” di kampus, hehehe. Jadi, sedikit sebanyak perbincangan terarah ke situ. Baru-baru ini. ana cukup terkesan dengan entry dari blog ustaz Wan Jie. http://one-g.blogspot.com. Lontaran ideanya yang cukup bernas, realistik dan futuristik terutamanya berkaitan usaha dakwah sungguh mengagumkan. Justeru, ana berkongsi hasil pembacaan itu bersama Hasnur dan Zaidin. Sedikit sebanyak terpacul nasihat berbaur kebimbangan tentang perkembangan dakwah adik-adik di kampus yang agak pasif.



“Da’ie seharusnya tidak syok sendiri dan hanya bergaul di dalam kelompoknya sahaja. Da’ie seharusnya keluar dari zon selesa dan terjun ke dalam masyarakat yang berbilang latar belakang dan keperluan agar dakwah dapat diteruskan. Janganlah mempunyai sifat superior dan menganggap bahawa dirinya sahaja yang baik dan akan masuk syurga sedangkan orang lain seperti mat rempit dan bohsia akan masuk neraka”, ana menghangatkan perbincangan.



Setelah hampir dua jam kami berbual sambil makan, kami bersiap-siap untuk pulang. “Ke mana destinasi seterusnya?”, Zaidin bertanya. “Kita ke Bukit Ampang!”, ana mencadangkan. “Malam ini malam krismas, sudah tentu ramai remaja akan melepak di situ” ana mengutarakan pendapat. “Jom”, semua menyahut tanda bersetuju.


Seperti yang dijangkakan, setibanya kami di Bukit Ampang, kelihatan remaja berpeleseran di sekitarnya. Majoritinya sedang bercanda bersama pasangan masing-masing. Ada yang bersama geng motor. Sedang kami meneliti pengunjung Bukit Ampang pada malam itu, kelihatan suatu adengan yang cukup menyakitkan hati. Kelihatan seorang wanita jelita bertudung sempurna sedang berpeluk-pelukan ghairah bersaman teman lelakinya. “Astaghfirullahal’azim”, ana beristighfar. Zaidin agak emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang agak kesat. Ana mencadangkan agar situasi ini divideokan. Beginilah hasilnya;


Ana cuba menenangkan keadaan. “Isyk...lupe plak nak buat risalah kan..kalau ada risalah, bleh la jugak kite bagi kat diorang ni. Mungkin berasal dari keluarga yang jahil dan bermasalah”, ana cuba melontarkan situasi Husnuz Dzan. “Hmm…betul jugak”, masing-masing mengiyakan. Terasa masih berat tanggungjawab dakwah yang perlu dipikul bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Setelah hampir setengah jam meronda, kami pun pulang menggunakan Lebuhraya MRR II melalui Bandar Ampang.

Wednesday, December 3, 2008

FUTUR

Kadangku merasa bimbang

Berada di dunia yang lapang ini

Sampai kapan aku berjuang

Di jalan dakwah panjang


Takutku akan semua

Semua yang takkan berlanjut lagi

Hanya kerna memikirkan

Nafsu dunia yang fana


Rasa futurku menghalangiku

Menempuh semua perjalanan imanku

Akupun ingat semua teman-temanku

Yang masih coba membimbingku


Rasa futurku menghalangiku

Menempuh semua perjalanan imanku

Akupun ingat semua teman-temanku

Yang masih coba membimbingku

Yang masih coba membimbingku