>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Jamaah Islam. Show all posts
Showing posts with label Jamaah Islam. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA 2009



Sebuah konsert yang sangat menghiburkan, informatif dan tidak stereotype. Malah, ana merasakan elemen-elemen nostalgia yang disuntik dalam pengisian konsert menjadikan pengisian yang secukup rasa.


Dirasmikan oleh Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ternyata pengisian konsert ini sendiri mendapat restu dari Tuan Guru. Tuan Guru sendiri dalam ucapan perasmiannya menyampaikan beberapa pantun berbentuk sinikal dan sarat dengan mesej. Berikut merupakan pautan teks ucapan tok guru pada konsert tersebut.




Ana sendiri merupakan hardcore nasyid. Konsert yang menggabungkan 4 gergasi nasyid iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Shoutul Harokah pastinya menjanjikan sesuatu yang mantop! Jadi, secara keseluruhannya ana boleh memberi 4 setengah bintang pada konsert ini. tahniah ana ucapkan buat GAMIS dan Rabbani Production yang bertungkus lumus menjayakan konsert antara dunia ini. Semoga Islam terus dijadikan cara hidup sekalipun dalam hiburan. Ameen.





SEKITAR DEMONSTRASI MANSUHKAN ISA


Sekitar Demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 yang lalu.


Ini merupakan kelongsong gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU. Ternyata jarak tembakan boleh mencecah 450 kaki.





Allah itu adil. Semoga puak yang berlaku zalim akan mendapat balasan dari Allah S.W.T.
Wallahualam.

LIQA' MINI PJ7 II + PJ JUNIOR?



Alhamdulillah, sebuah lagi pertemuan dengan sahabat seperjuangan di UMS dahulu berlangsung dengan jayanya tanggal 26.7.09. Hmm..ini bukan kali pertama LIQA' MINI PJ7 berlaku. Kali ini, ada dikhabarkan sahabat ana, nun jauh dari Tawau, Sabah ingin bertandang di Kuala Lumpur. Siapa lagi kalau bukan insan kontroversi saudara seislamku Burhanuddin bin Sirajuddin.



Burhan atau panggilan manjanya Bubu datang sebagai Guru pengiring pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Maluri, Kuala Lumpur. Pegh..kira sekolahnya jadi wakil Sabah la. Kelas gitu. He2. Beliau bukan berseorangan. malahan ditemani jurulatih nasyid berbakat saudara Sabahrullah, my junior in UMS and Bubu punya anak didik bah. Memang mantap dua-dua orang ni bila bercakap. he2. Jangan mara.



Kami berjumpa di Old Town White Coffee berhampiran penginapan mereka iaitu Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Hmm..banyak juga perkara dibincangkan. Sekitar perkembangan hidup masing-masing setelah bekerja dan perkembangan adik-adik di kampus. Dapat disimpulkan bahawa kampus sekarang ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan dari segenap segi. Agak menyedihkan. Walau pahit untuk ditelan, tapi telanlah kerana ubat itu pahit.



Setelah menghirup kopi putih barang segelas disulami dengan makanan ringan, ana mengundur diri meminta pulang. Esok nak kerja. Nanti lambat sangat pula sampai di rumah. Jangan diucap selamat tinggal. Ucaplah Semoga berjumpa lagi, jika tidak di dunia, di alam Baqa', Insya Allah.

Wednesday, May 13, 2009

AGM Pemuda PAS Selangor



Tanggal 10 Mei yang lalu, ana diamanahkan untuk menjadi salah seorang perwakilan Pemuda Kawasan Selayang. Muktamar dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Mahfuz Omar. Terasa berat amanah yang ditaklifkan, namun ana teringat akan janji Allah di dalam kitab-Nya, "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya".

Jawatan merupakan amanah yang akan ditanya di akhirat kelak. Justeru sebagai seorang muslim yang mukmin dan muttaqin, seharusnya amanah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar diberi kekuatan untuk memikul amanah ini,
Ameen Ya Rabbal 'Aalameen.