>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Harga Minyak Naik. Show all posts
Showing posts with label Harga Minyak Naik. Show all posts

Monday, July 28, 2008

LAPORAN HANGAT DARI KILANG HYDROFUEL MALAYSIA

Hydrofuel Malaysia


HYDROFUEL MALAYSIA

Baru-baru ini pihak kami telah mengadakan lawatan ke syarikat Hydrofuel milik Dr Halim.Dr Halim merupakan saintis yang pernah berkhidmat sebagai seorang ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat.Banyak maklumat berguna telah diperolehi.Produk ini masih lagi dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM dan JPJ dijangka pada September 2008.Sekiranya tiada aral melintang,produk ini juga akan dirasmikan pada bulan September.Projek Hydrofuel ini dijangka akan memacu industri automotif Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi.

BAGAIMANA HYDROFUEL BERFUNGSI?

Hydrofuel merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen.Air disalurkan daripada tangki 5 liter yang terletak di belakang kereta ke dalam bekas yang diletakkan di dalam enjin oleh pihak Hydrofuel.Bekas inilah merupakan nadi utama Hydrofuel bagi menghasilkan Hydrogen.Tangki 5 liter ini boleh digunakan untuk kegunaan sejauh 2000KM.Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.

Proses elektrolisis ini menghasilkan gas Hydrogen dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.Alat ini tidak akan menyebabkan enjin kereta anda rosak kerana gas Hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran.Alat ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan berkapasiti 2000cc kebawah.Untuk penggunaan 2000cc ke atas,masih lagi dalam peringkat kajian.Pemasangan alat ini di syarikat Hydrofuel cuma mengambil masa 3 hingga 4jam.


PAKEJ HYDROFUEL

Hydrofuel mempunyai 2 pakej.Iaitu Basic dan Advance.

1.Basic
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29%(Boleh ditingkatkan)

2.Advance
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection
Penjimatan sehingga 50%

Alat ini dijamin selama 2 tahun atau 50000 kilometer,perlindungan insurans dan jaminan wang dikembalikan jika ia tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan.


Produk-produk Hydrofuel yang dipamerkan


Penyambungan ke air filter

Penyambungan Hydrofuel kepada “air intake”


Hydrofuel pada Proton Wira


Tangki 5 liter.Hanya sedikit ruang diperlukan.


Sensor.


Hydrofuel pada Proton Savvy


savvy hydrofuel

Proton Savvy Hydrofuel


Alat yang disertakan dalam pemasangan Hydrofuel

MySMART Fuel Saver di pasang bersama-sama Hydrofuel


MySMART Fuel Saver

MySMART Fuel Saver


Sensor

Sensor yang dipasang pada Savvy.


Sistem elektronik yg akan dipasang

Alat elektronik yang dipasang(ECU)


Nadi utama Hydrofuel

Nadi utama Hydrofuel.

Thursday, July 3, 2008

GERAMM!!!


KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi (LRT PUTRA TURUN DI TAMAN JAYA).

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya ‘Protes Satu Juta Rakyat Turun’ akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

“Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya,” katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

“Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu,” katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

“Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes,” katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu ‘pengisytiharan’ bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

“Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

“Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak,” katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan. - mns_

Peta terperinci untuk ke perhimpunan : http://www.wikimapia.org/#lat=3.104898&lon=101.646632&z=17&l=0&m=h&v=2

Panduan LRT : Gunakan Putra LRT dan turun di Taman Jaya.

Tuesday, June 10, 2008

MINYAK OH MINYAK!



Ustaz Idris Haji Ahmad

Tue | Jun 10, 08 | 11:07:35 am MYT

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara. - mks.