>Cinta bukan satu kesilapan > Tapi tempat menguji ketaqwaan > Cintakah pada yang Esa atau > Melangit pada yang tidak kekal > Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Showing posts with label Tg Karang. Show all posts
Showing posts with label Tg Karang. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

BERSAMA KELUARGA



Keluarga. Suatu entiti yang sangat penting dalam kehidupan. Dari keluargalah lahirnya kehidupan. Dari keluargalah lahirnya insan. Dari keluargalah lahirnya karakter. Dari keluargalah lahir seorang pemimpin dan dari keluarga jugalah lahir sampah masyarakat.

Tanggal 12 Jun 2009, ana pulang ke kampung di Tanjong Karang. Jauh di lubuk hati ini rindu dengan mak dan abah yang disayangi. Biarpun sibuk bekerja, namun jangan sesekali kita semua lupakan tanggungjawab kita kepada dua insan yang sangat penting dalam hidup kita.



Apabila balik sahaja ke kampung. Ana akan sedaya upaya menghabiskan masa bersama mereka dalam apa bentuk sekalipun. Makan bersama, berbual, menolong kerja-kerja rumah hatta bergambar dan bergurau bersama mereka. Biar nampak remeh, namun inilah yang dipanggil kasih sayang.



Manusia sering risau dengan apa yang tiada dalam genggaman mereka. Tidak mengira sama ada perkara itu keperluan material, emosi dan lain-lain. Namun, banyak manusia lupa untuk mensyukuri apa yang mereka ada dan miliki sekarang.

Ibu bapa dan keluarga merupakan salah satu daripada nikmat yang tidak terhitung pemberian ALLAH. Sebagai HambaNya, kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat pemberianNya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Justeru, janganlah kita mengabaikan institusi yang diberi nama KELUARGA. Jika diabaikan, maka akan pincanglah ahli keluarga tersebut dan jika banyak keluarga mengalami perkara yang sama, maka akan pincanglah masyarakat dan akhirnya negara. You want to fix society? Fix your family first!

Friday, January 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY ZHAFRAN!!!

Pada cuti sempena awal Muharam 1430H, bersamaan 29 Disember 2008, ana mengambil peluang meraikan hari lahir ana bersama keluarga di Tanjong Karang. Alhamdulillah, walaupun yang ada di rumah hanyalah Abah, Mak dan adik yang bongsu iaitu Zaki, namun ana cukup gembira diraikan oleh keluarga yang begitu memahami diri ini.



Yang paling istimewa pada sambutan hari lahir itu ialah masakan Abah dan Mak ana. Abah mempamerkan kehebatan resepi makaroni-nya dan Mak seperti biasa dengan masakan tradisi keluarga kami iaitu Masak Ros. Hmm…memang menyelerakan. Lihat sajalah gambar yang sempat dirakamkan. Meleleh ayaq lioq bak kata orang utara.



Setelah selesai jamuAn, Mak dan Abah tidak lupa memberikan hadiah pada ana. Namun, bukan material menjadi nilaian. Bukan makanan menjadi ukuran.


Tetapi nilai kasih dan sayang sepasang insan bernama ibu dan ayah itu yang bermakna.


Nilai keprihatinan kedua-dua insan itu yang menjadi dambaan.



Dan perkara itulah yang menjadikan sambutan hari lahir yang ke 23 kali ini menjadi tidak ternilai harganya. Terima kasih Mak dan Abah yang telah melahirkan ana ke dunia ini. Semoga ana terus Istiqamah dalam memperjuangkan agama ini dan menjadi anak yang soleh, Insya Allah.